Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ini Biodata Isteri Sultan...

TAHNIAH kami ucapkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang telah...

Ibu Marah Anak Dihalau...

DALLAS - Seorang ibu di Texas, Amerika Syarikat (AS), Kim Shappley sanggup memperjuangkan hak...

Patutlah Jakarta Selalu Banjir...

 JAKARTA – Sering kali kita dengar mengenai titik panas atau disebut juga hotspot bagi...

Harga Kereta Di Singapura...

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara...

Enam Selebriti Dipilih Jayakan Program Amal

KEBANYAKAN syarikat korporat akan melibatkan penglibatan artis mahupun selebriti tanah air dalam projek corporate social responsibility (CSR) mereka.

Baru-baru ini syarikat pembrokeran wang tempatan, Harlow’s & MGI (HMGI) Sdn. Bhd. telah memilih enam selebriti tempatan untuk menjayakan sebuah program amal kelolaan syarikat mereka.

Mereka ialah Lisa Surihani, Sazzy Falak, Amber Chia, Hannah Tan, Hunny Madu serta Samantha Katie.

Program ini diadakan bertujuan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dan penglibatan enam artis ini merupakan wakil kepada setiap badan kebajikan yang dipilih mereka.

Sebanyak RM20,000 wang sumbangan oleh HMGI dihadiahkan kepada mereka berenam untuk disumbangkan kepada setiap badan kebajikan yang diwakili mereka.

Badan kebajikan yang telah dipilih ialah Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Lisa Surihani), Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (Sazzy Falak), Breast Cancer Welfare Association (Amber Chia), Pertubuhan Pertolongan Wanita (Hannah Tan), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia – Mercy Malaysia (Hunny Madu) dan Kiwanis Down Syndrome (Samantha Katie).

Menurut Pengarah Eksekutif Harlow’s & MGI Sdn. Bhd., Mohd Hatim Abdullah, program amal bersama selebriti merupakan kali kedua program ini diadakan sejak tahun lalu.

“Tahun lalu, kami telah memilih Altimet, Sazzy Falak, Hunny Madu, Fizo Omar, Amber Chia dan Carey Ng untuk menjayakan acara amal ini.


“Kami percaya, kuasa populariti yang ada pada selebriti dapat menarik perhatian para pelanggan kami untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada setiap badan kebajikan yang dipilih oleh mereka.

“Saya juga berharap agar usaha mulia ini dapat diteruskan di masa akan datang dan membabitkan ramai selebriti,” katanya dipetik laporan Astro Gempak.

Lisa yang juga duta Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) Malaysia turut melahirkan rasa berbesar hati apabila dipilih untuk menyertai program seumpama ini.

“Sebaik sahaja ditawarkan, saya rasa begitu berbesar hati dan tertarik untuk sertai acara ini.

“Selain beramal, bagi saya ini merupakan salah satu peluang yang bagus untuk kita membantu mereka yang lebih memerlukan.

“Saya memilih Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia kerana mereka lebih dekat dengan saya.

“Saya harap dengan sumbangan ini dapatlah membantu meringankan beban untuk kegunaan harian dan juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada penghidap autisme,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori