Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Pegawai Kanan GLC Dibebaskan...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini yang...

Ketum: Tak Semua Isu...

CYBERJAYA - Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di...

PRK DUN Chempaka: 10...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Mac ini sebagai hari pengundian...

PH Tak Nak Tuduh...

Bawah kerajaan BN dahulu, hutang kerajaan sebanyak RM686.8b dengan nisbah hutang kepada KDNK...

Eric Cray Sasar Emas 400M Lari Berpagar Sukan Asia 2018

KUALA LUMPUR – Pelari Filipina Eric Cray yang juga pemegang dua pingat emas acara 400m lari berpagar Sukan SEA menyasarkan untuk menjuarai acara kegemarannya itu pada Sukan Asia tahun depan di Jakarta, Indonesia.

Cray, yang pada Selasa lepas mempertahankan emas acara 400m lari berpagar yang dimenanginya pada Sukan SEA di Singapura dua tahun lepas berkata beliau sudah bersedia untuk mencabar pelari lain dan akan memberikan yang terbaik pada Sukan Asia bagi membawa pulang emas untuk negaranya.

“Saya berasa amat gembira selepas mempertahankan emas dalam 400m lari berpagar pada KL2017 (Sukan SEA Kuala Lmpur 2017) . Saya berharap kemenangan ini akan mendorong saya untuk muncul juara pada Sukan Asia tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Atlet itu meraih tempat pertama dalam acara itu dengan catatan masa 50.03 saat, manakala pelari Vietnam Quach Cong Lich terpaksa berpuas hati dengan perak selepas merekodkan 50.05s manakala gangsa menjadi milik pelari Indonesia Adrian dengan masa 51.52s.

Diminta mengulas kegagalannya mempertahankan emas acara 100m yang diraihnya pada Sukan SEA Singapura, Cray berkata beliau tetap berpuas hati di tempat kedua walaupun kehilangan pingat emas itu kepada pelari Malaysia berusia 19 tahun Khairul Hafiz Jantan.


“Saya tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana saya sedar yang saya mempunyai jadual padat pada hari itu.

“Saya tahu yang saya akan berasa letih selepas berlumba dalam tiga acara sebelum itu termasuk final acara 400m lari berpagar, yang diadakan satu jam sebelum final 100m… saya telah lakukan yang terbaik dan saya tetap gembira memenangi pingat perak dalam final 100m,” katanya.

Khairul Hafiz melintasi garisan penamat acara riben biru itu dengan catatan masa 10.38s, mengalahkan Cray yang merekodkan 10.43s manakala pelari Thailand Kritsada Namsuwun yang juga merekodkan masa 10.43s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa berdasarkan ‘photo-finish”. – BERNAMA

Kategori