Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pernah Diiktiraf Menteri Kewangan...

PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik bagi pengundi Port...

Video : Alasan Wanita...

Bentuk badan yang kurus dan mengiurkan sememangnya menjadi idaman pada setiap wanita.Lagi-lagi bila...

Mayat Ditutup Surat Khabar...

ALOR GAJAH : Seorang wanita tidak menyangka mayat ditutup surat khabar yang dilihat...

Melaka Berhasrat Jadi Hab...

MELAKA berhasrat menjadikan industri ikan laga sebagai satu daripada “signature product” negeri itu,...

Erma Fatima Luah Rasa Sedih Lepas Bercerai

SETIAP ‘masjid’ yang dibina pasti akan ada yang terlopong atau kerosakan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Adat rumah tangga pasti akan ada perselisihan yang berlaku.

Baca: Selepas 26 Tahun… Erma Dan Bade Kini Sah Cerai

Pada 17 Ogos yang lalu, pengarah dan pelakon, Erma Fatima telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Badaruddin Ami atau dikenali sebagai Bade.

Walaupun sebelum ini kecoh sedikti tentang pasangan ini sudah bercerai tetapi dinafikan oleh Erma sendiri kerana dia masih boleh menerima kehadiran isteri kedua Bade dalam rumah tangga mereka itu.

Terbaharu, di akaun Instagram milik Erma, beliau ada memuat naik satu video yang menyentuh hati kerana ianya seolah-olah luahan perasaan pelakon drama Mak Cun ini.

Ramai pengikut Erma turut berkongsi rasa sedih itu dan meninggalkan komen yang positif di ruangan komen.

Video yang berlatar belakangkan lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza bertajuk Mikraj Cinta memaparkan sedutan klip kenangan manis antara Erma dan bekas suaminya itu sedang menikmati makan malam candle light dinner.


Turut terlihat satu klip ketika Bade berlakon bersama dnegan Erma di dalam drama Mak Cun. Di akhir video itu juga tertulis satu ayat “Tuhan jaga dia untuk ku…”

Melalui lirik lagu Mikraj Cinta itu sendiri yang membawa maksud ketuhanan yang juga mengatakan bahawa setiap pertemuan itu mestinya ada perpisahan.

Kalau kita sendiri sebagai orang luar yang tengok video tu pun dah rasa sedih, inikan tuan empunya diri yang menanggung kesedihan itu. Semoga Erma Fatimah dapat menempuh dugaan ini dengan tenang. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori