Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

8,112 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Siasatan Bukan Untuk Kenakan...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan...

JKDM Sabah Rampas Dadah...

KOTA KINABALU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine...

‘Tawaran Jho Low Satu...

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low harus kembali ke...

Esscom Dapat Kerjasama Negara Jiran

KOTA KINABALU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali berkata operasi yang diselaraskan oleh Esscom dengan kerjasama negara jiran, berjaya membantu pihak keselamatan negara menghadapi sebarang kemungkinan di perairan pantai timur Sabah.

“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak keselamatan Filipina dan juga Indonesia. Mereka salurkan maklumat kepada kita dan kita juga salurkan maklumat kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai Esscom kepada para Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di sini hari ini.

Sejak menerajui Esscom pertengahan Jun lepas, katanya, beliau telah memastikan usaha ini dilaksanakan untuk mengekang sebarang cubaan melakukan jenayah di perairan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

Mengulas mengenai taklimat itu, Hazani berkata ia berkaitan perkembangan semasa ancaman di Esszone dan tindakan yang diambil untuk menangani serta mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan di Sabah.

Majoriti daripada 60 ADUN Sabah hadir pada majlis taklimat selama sejam setengah itu. – BERNAMA

Kategori