Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pas Gerakkan 15,000 Jentera...

JOHOR BAHRU : Kira-kira 15,000 jentera Pas akan digerakkan dalam Pilihan Raya Negeri...

Kontrak Ahmad Jauhari Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan...

DAP Tidak Wakili Semua...

KUALA LUMPUR - DAP tidak mewakili suara semua bukan Islam di negara ini,...

Putera Charles Prihatin Cabaran...

GEORGE TOWN - Putera Charles menyuarakan keprihatinan baginda terhadap cabaran utama dalam...

Francais Restoran Rumah Kutai Seluruh Negara

IPOH – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan membuka lebih banyak francais restoran rumah kutai, rumah tradisional masyarakat Perak, di seluruh negara tidak lama lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminuddin Md Desa.

Beliau berkata sebagai permulaan pihaknya telah membina tiga rumah kutai di Bulatan Amanjaya di Meru, di sini yang dijadikan sebagai restoran makanan tradisional sekali gus menjadi produk pelancongan terbaharu di negeri ini.

Katanya, pembinaan rumah kutai itu memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri keunikan rumah tradisional tanpa perlu ke lokasi sebenar di sepanjang Sungai Perak terutamanya di sekitar kawasan perkampungan di daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Aminuddin berucap pada majlis perasmian Restoran Labu Sayong Signature yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid di sini hari ini.


Mengenai Restoran Labu Sayong, beliau berkata restoran itu menyajikan menu tradisional ‘authentic’ negeri Perak seperti tenggiri kepaia udang kertas, rusuk kambing tongkat ali dan ikan purba labu sayong.

Restoran itu beroperasi sejak Khamis lalu dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad dibuka mulai pukul 11 pagi hingga 11 malam. – BERNAMA

Kategori