UMUM mengetahui Sukan SEA edisi kali ini disertai bukan sahaja daripada atlet biasa, tetapi disertai oleh menteri dan juga kerabat diraja. Antara yang paling mencuri tumpuan sudah semestinya Sultan Mizan, Khairy Jamaluddin dan juga Pengiran Abdul Mateen.
Rasa-rasanya ramai gadis Malaysia yang ‘histeria’ apabila mengetahui putera raja dari Brunei itu turut serta dalam rombongan Sukan SEA ke Malaysia.
Mana tidaknya, putera raja yang tampan itu memiliki penampilan menarik, orang kata mampu ‘mencairkan’ hati yang memandangnya lagi-lagi hati si gadis!
Beberapa jam lalu, tular satu video di laman Facebook menunjukkan situasi anak-anak muda yang menjerit-jerit apabila putera raja itu muncul di hadapan mereka. Tidak kurang juga yang berebut-rebut untuk menangkap gambar berswafoto bersama anak raja idaman itu. Dalam masa enam jam sahaja, video itu telah mendapat 34,000 tontonan.
Jangan tak tahu, Pengiran Abdul Mateen akan menentang pasukan Khairy Jamaluddin dalam acara Ekustrian Polo pada 22 Ogos ini. Perlawanan ini akan berlangsung di Taman Ekuestrian, Putrajaya.
Pasti perlawanan ini akan menjadi luar biasa dan sudah semestinya menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh netizen. Mana taknya, menteri pertama Malaysia bakal menentang kerabat diraja Brunei dan pastinya aksi Pengiran Abdul Mateen yang paling dinanti-nantikan.
Menurut laporan Astro Awani, Putera Abdul Mateen merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei yang aktif bersukan manakala kekandanya, Azemah Ni’matul antara dua pemain polo wanita bagi acara Ekuestrian Polo KL2017.
Jadi, sama-sama tunjukkan sokongan anda dengan datang ke Taman Ekuestrian, Putrajaya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim