BERANI ke anda makan cili mentah-mentah macam tu je? Ha jangan tak tahu, pertandingan makan cili mentah ini merupakan in thing kat negara China tau.
Tengoklah sendiri gambar-gambar ni… Memang cukup meriah dan macam pesta besar-besaran je kan dorang ni.
Pertandingan yang diadakan di Hunan, China baru-baru ini telah menarik minat sebilangan besar pencinta makanan pedas dan cili untuk menyertainya.
Para peserta perlu menghabiskan seberapa banyak cili merah dalam masa seminit sambil duduk berendam dalam sekolam mangkuk yang dipenuhi lada merah.
Akhirnya pemenang telah berjaya dijumpai apabila si raja cili itu berjaya menelan sebanyak 15 biji cili dalam masa seminit sahaja!
Wow, memang hebat kuasa daya tahan pedas mereka ni! – MYNEWSHUB.CC