Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan...

KUALA LUMPUR : Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini antaranya membincangkan mengenai...

Polis Buru Dua Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua individu yang terlibat dalam rompakan bersenjata melibatkan...

70 Lagi Pulih, 6...

TERDAPAT 70 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

Najib Kutuk Serangan ‘Pengecut’...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan seorang pemandu trak...

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Sabtu Ini

GEORGE TOWN – Bekalan air di kawasan Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul dekat sini akan terganggu Sabtu ini bagi membolehkan kerja-kerja pelencongan dan penyambungan paip berkaitan kerja pelebaran jalan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dijalankan di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa dalam kenyataan di sini hari ini berkata kawasan terlibat ialah Kampung Bukit Bayan Lepas, Pavilion Resort, Krystal Country Homes, Changkat Bukit Belah, Taman Widuri, Saujana Heights, Jalan Teluk Kumbar, Kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Kampung Sungai Batu, Kampung Matahari Naik, Kampung Matahari Jatuh, Kampung Masjid Teluk Kumbar, Jalan Kampung Masjid, Bandar Baru Teluk Kumbar, Pasir Belanda, Jalan Gertak Sanggul dan Gertak Sanggul.

“Seramai 50,000 penduduk di 18 kawasan itu akan terjejas akibat gangguan bekalan air bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam Sabtu ini kerana kami terpaksa menutup saluran paip air 600mm sedia ada bagi membolehkan kerja-kerja penyambungan paip berkaitan dengan projek kerja naik taraf jalan dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” katanya.


Beliau berkata PBAPP memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menasihatkan semua pengguna yang terlibat untuk menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan mereka sepanjang 12 jam tiada bekalan air. – BERNAMA

Kategori