Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Tionghua Pulau Raya...

TANAH MERAH - Sebelas keluarga Tionghua penduduk Kampung Pulau Raya di sini, terpaksa...

Kontena Bahan Buangan Elektrik,...

BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kontena mengandungi bahan buangan...

PH Bentuk Kerajaan Kedah...

ALOR SETAR - Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah...

Biden Melawat Bandar Berdekatan...

BRUSSELS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan lawatan ke sebuah bandar berhampiran...

Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat Selasa Ini

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 28 jam bermula 8 pagi 8 Ogos hingga 12 tengah hari, 9 Ogos.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataannya berkata gangguan bekalan itu ekoran kerjaa penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota Tinggi.

Katanya sebanyak 62 kawasan akan terjejas di Hulu Langat antaranya Klinik Kesihatan di Beranang, Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Kampung Bangi, dan Bandar Bukit Mahkota.

Turut terjejas ialah Tiara South, Kampung Rinching Hilir, Taman Permai, Bangi Estate, Taman Angsana, Eco Majestic dan Setia Ecohill di Semenyih.


Sehubungan itu, Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya sebelum kerja-kerja itu bermula pada 8 Ogos.

Pengguna juga boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySyabas’ untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu.
– BERNAMA

Kategori