Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bekas Penjaga Gol...

ALOR SETAR - Jenazah bekas penjaga gol kebangsaan era 50-an, Datuk Mohd Yusoff...

3 Remaja Maut, 1...

HOUSTON: Tiga remaja maut dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah...

Abby Abadi Tersentuh Dengan...

Siapa tidak kenal selebriti yang cukup terkenal dalam siri drama Gerak Khas ini...

KTMB Perkenal Laluan Padang...

PADANG RENGAS - Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan...

Gelagat Ketika KL2017 Buat Ramai Netizen Teruja

SEPANJANG temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 berlangsung di tanah air, banyak respon positif yang dapat dilihat sepanjang acara ini berlangsung.

Antaranya ramai netizen yang cukup teruja dan banyak gelagat kita dapat saksikan menerusi laman sosial Facebook mahupun Twitter.

Selepas tercetusnya persengketaan berkenaan salah cetakan bendera Indonesia secara terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA, ada juga sesetengah netizen dari negara seberang memberi respon yang positif.

Ada menasihati rakan mereka agar segera memberhentikan provokasi mengenai isu itu di laman sosial. Antaranya ada seorang pengguna Twitter dari negara seberang yang dikenali sebagai Amalina Zelvitasanny memuji kekacakan yang dimilik oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Sedia maklum juga KJ sekarang yang lebih dikenali sebagai ‘Daddy’ atau ‘Abah’ oleh anak muda sekarang. Posting Amalina yang begitu menarik perhatian kerana sikap positif yang ada di dalam dirinya menjadi contoh.

Malah, KJ juga pernah menjadi maskot Rimau ketika program Bangkit Bersama Di KL2017 @ SEKOLAH. Video yang dimuat naik di akaun YouTube KL 2017 pada bulan April yang lalu menujukkan KJ memakai maskot Rimau telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 iaitu sekolah anaknya sendiri bagi memberi kejutan dengan menjadi maskot.

Tengoklah betapa lincahnya KJ dengan maskot Rimaunya tu! Apa yang lucunya ialah bila KJ membuat ‘dab’ seperti mengikut trend anak muda sekarang. Lawak jugak KJ ni ya!


Tak kurang juga gelagat Haziqhan melalui akaun Twitternya bila dia memuat naik gambar Tunku Mizan bersama kudanya ketika latihan bagi acara ekuestrian yang disertai baginda. Gambar yang menunjukkan kuda milik baginda seolah-olah teruja kerana dapat membawa seorang sultan.

Lagi satu pula gambar seorang pemain rugby 7’s ketika menentang pasukan Singapura pada Ahad yang lalu diberi kapsyen yang agak lucu serta mendapat banyak retweet daripada pengguna Twitter.

Gelagat Ketika KL2017 Buat Ramai Netizen Teruja

Aduhh… Macam-macam ya korang ni, ada je yang boleh dibuat bahan lawak. Apa pun, teruskan dalam menyokong pasukan negara kita!

Buang segala rasa negatif yang ada, pupukkan perasaan positif dan cinta akan negara dengan menyokong #TeamMalaysia #BangkitBersama. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori