Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Pemangku Sultan Johor Nafi...

KUALA LUMPUR : Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyindir pihak tertentu yang...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak...

PAS Diminta Tubuh Pasukan...

PASIR PUTEH - Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diminta mewujudkan pasukan petugas untuk menerangkan...

Betul Ke Zarina Anjoulie...

PELAKON penuh kontroversi di Malaysia, Zarina Anjoulie yang baharu dijatuhkan hukuman denda sebanyak...

Gelang, Cincin Lekat Di Lengan, Jari Lebih Sebulan

KUCHING – Seorang lelaki di Sarawak menanggung kesakitan sejak lebih sebulan lalu apabila gelang dan cincin yang dipakai melekat di lengan dan jarinya.

Difahamkan, awalnya lelaki berusia 47 tahun itu membiarkan perhiasan diperbuat daripada keluli itu di pergelangan tangan dan jari kirinya.

Bagaimanapun, jari dan tangan mangsa mula membengkak hingga menyebabkan cincin dan gelang itu gagal dikeluarkan.

Selepas tidak mampu menahan kesakitan, mangsa pergi ke Hospital Lawas bagi untuk bantuan mengeluarkan perhiasan itu, semalam.

Bagaimanapun, pihak hospital tidak memiliki kemahiran melakukan tugas itu dan menghubungi pihak bomba bagi bantuan khidmat khas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Lawas pukul 7.07 malam tadi.


Sebuah kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dihantar ke hospital berkenaan bagi memberi bantuan.

“Anggota menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin dan berjaya mengeluarkan perhiasan itu dari jari dan gelang di tangan kiri lelaki itu,” katanya. – Berita Harian

Kategori