Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRN: BN Perlu Tampilkan...

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon yang mesti membawa kemenangan kepada...

Malaysia Lantang & Berani...

IPOH - Malaysia bertindak berani dalam menzahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pencabulan hak...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Pemimpin Malaysia dan Yemen hari ini bertemu bagi membincangkan bidang kerjasama...

Pindaan Akta Kawal Selia...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber...

Generasi Pasca Merdeka Mantap Diri Ilmu Kehidupan

KOTA KINABALU – Generasi pasca Merdeka perlu memantapkan diri dengan ilmu dalam semua aspek kehidupan termasuk teknologi agar tidak mudah terpedaya oleh anasir yang menghancurkan keharmonian negara.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata bukan mudah untuk mempertahankan kemerdekaan dalam dunia tanpa sempadan masa kini.

“Kita mungkin sudah lepas daripada cengkaman kententeraan, cengkaman penguasaan sistem pentadbiran dan politik, namun kita tidak boleh leka dan lalai bahawa penjajahan era moden lebih dahsyat dan halus tanpa disedari.

“Antaranya penjajahan pemikiran, kefahaman agama, gaya hidup, budaya dan ekonomi. Oleh itu kita perlu memantapkan lagi ilmu pengetahuan agar tidak mudah terpengaruh,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Merdeka Negara Peringkat Daerah Putatan di sini, hari ini.

Beliau berkata betapa besarnya erti kemerdekaan khususnya terhadap generasi pasca Merdeka.

“Kemerdekaan bukan setakat pengibaran jalur gemilang, laungan merdeka atau cuti umum tetapi yang paling penting adalah penghayatan dan menterjemahkan erti sebenar kemerdekaan yang dikecapi selama ini,” katanya.


Yahya juga berkata kerajaan sangat mengharapkan agar rakyat terus mengukuhkan perpaduan dalam kalangan semua etnik, budaya dan agama di negara ini.

“Dalam konteks sambutan hari kemerdekaan khususnya di Putatan, saya ingin menyeru agar semua lapisan masyarakat di sini terus memantapkan lagi kerjasama, perpaduan dan sokongan kepada kerajaan negeri untuk terus membangunkan negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori