Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FOTO: Pasangan Suami Isteri...

Masih tiada khabar. Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas setelah bot penyelamat yang dinaiki...

Tabung Haji Lepas RM2.6...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah...

Ironman Kembali Meriahkan Langkawi

LANGKAWI - Selepas kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Kejohanan Ironman Triathlon Langkawi,...

SL1M Bantu 138,398 Graduan...

KUALA LUMPUR – Seramai 138,398 graduan telah dibantu melalui program Skim Latihan 1Malaysia...

Geng AMK PKR Mahu Buat Kecoh Program Dihadiri PM

BIADAB… Selepas aksi kecoh acara forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu mendedahkan sikap buruk aktivis pembangkang sendiri, kali ini mereka lebih kurang ajar!

Namun kecekapan pihak polis berjaya menggagalkan tindakan cuba sabotaj oleh sekumpulan geng Anak Muda Keadilan (AMK) dan pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosakkan majlis Perdana Menteri di Pulau Pinang.

Menurut laporan beberapa portal tempatan, sekurang-kurangnya 16 individu berjaya ditahan oleh polis ketika berkumpul beramai-ramai di hadapan Politeknik Seberang Perai dekat Permatang Pauh lewat malam Rabu.

Mereka dipercayai cuba memasang bendera PKR dan sepanduk yang berbaur politik pembangkang termasuk desak pembebasan banduan liwat terkenal, Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Chuah Ghee Lye dipetik The Star mengesahkan penahanan mereka antaranya Ketua AMK negeri, Asrol Sani Abdul Razak dan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ong Jing Cheng.

Turut dicekup ialah Ketua Biro Pelajar Pemuda PKR, Fahmi Zainol. Kesemunya ditahan kerana dipercayai cuba cetus provokasi dan rancang kekacauan liar di hadapan politeknik berkenaan sejak tengah malam semalam lagi.

Ghee Lye menambah, kumpulan terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah yang berhampiran sahaja dengan politeknik itu untuk dirakamkan keterangan, namun enggan mengulas lebih lanjut.

Baca: ADUN PKR Sebar Surat Palsu Konon UMNO Beri Cuti

Sejumlah 12 buah trak pasukan polis berkawal di sekitar kawasan dan terletak dekat dengan ibu pejabat MPSP yang diserbu Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran skandal kilang haram oleh Exco kerajaan negeri.

Pagi Khamis, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama puluhan ribu rakyat Permatang Pauh menyertai program khas ‘Makan Bersila Dengan PM” di politeknik moden milik penuh Kementerian Pendidikan Tinggi tersebut.


Untuk rekod, Permatang Pauh diwakili Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, namun penduduk setempat mendakwa Ketua Pembangkang itu jarang ‘turun padang’ meninjau masalah rakyat termasuk isu kilang haram.

Sebaliknya, segala permasalahan penduduk ditangani pula UMNO dengan bantuan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain dan pelbagai badan bukan kerajaan sejak kerusi panas itu jatuh ke tangan PKR pada 1999 lalu.

Kawasan itu jadi tumpuan setelah ADUN PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin mendakwa disisihkan partinya sendiri kerana lantang kritik kerajaan negeri dan berterima kasih kepada SPRM yang bertegas dalam kes kilang haram.

Permatang Pauh pernah diwakili oleh suami Wan Azizah iaitu Anwar ketika bersama-sama UMNO-BN apabila beliau berjaya merampas kerusi majoriti Melayu itu daripada calon PAS pada 1982. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar renungan:

Kategori