Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suntikan Dos Tambahan Vaksin...

PUTRAJAYA - Jadual suntikan dos tambahan vaksin 5-Serangkai (DTap-IPV//HiB) yang diwajibkan pengambilannya ke...

Orang Utan Ditembak 17...

DUA lelaki Indonesia telah ditahan selepas melepaskan 17 das tembakan ke atas seekor...

‘Kecualikan Duti Import Nikotin...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mahu duti import nikotin gum diturun atau dikecualikan bagi...

Oh My Family Musim...

KUALA LUMPUR - Program realiti Oh My Family bakal menampilkan sedikit kelainan pada...

Gerabak Kargo Tergelincir, Perkhidmatan KTM Terjejas

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter membabitkan laluan dua hala Sungai Buloh-KL Sentral terganggu hari ini berikutan insiden 10 gerabak kargo tergelincir, awal pagi tadi.

Unit Respons Pelanggan KTM ketika dihubungi berkata, sebanyak 10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira jam 1 pagi tadi.

“Kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter dijangka 30 minit dari jadual asal membabitkan laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves susulan kerja membaik pulih di kawasan terjejas.

“Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) menghala ke utara iaitu Ipoh dan Padang Besar turut mengalami kelewatan dari jadual asal.

“Sebarang perkembangan terkini berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.


Difahamkan, satu kenyataan akan dikeluarkan pada jam 9 pagi ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman www.ktmb.com.my. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTM

Kategori