Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Individu Darah A...

BEIJING - Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih...

Syed Faizuddin Gesa Pelajar...

DHAKA - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa pelajar supaya...

Pengerusi Gerakan Kelantan Angkat...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Gerakan Kelantan Datuk Ng Chiang Chin hari ini...

Keluhan Gadis Yang Hendak...

Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira...

Grab Baby Dapat Hadiah Trip Percuma Seumur Hidup

SUDAH menjadi kebiasaan apabila bayi yang baru dilahirkan menerima hadiah. Tapi, kes ini sedikit special apabila bayi ini mendapat perjalanan percuma seumur hidup daripada Grab Malaysia sebagai hadiah kelahirannya. Wow, untungnya grab baby ni!

Bayangkan sahaja apabila anda sedang memandu kereta dalam keadaan jalan yang sesak dan penumpang di bahagian tempat duduk belakang sakit mahu melahirkan anak. Bagaimana perasaan anda?

Ya. Begitulah yang dilalui oleh pemandu sepenuh masa Grab, Grace Nesamani Raju, 45, apabila seorang wanita yang dalam perjalanan bagi pemeriksaan tetapnya tiba-tiba mengalami rasa sakit hendak bersalin.

Pemandu Grab, Grace Nesamani Raju.

Memetik laporan sebuah akhbar, pasangan suami isteri itu serta rakan mereka dalam perjalanan dari Bukit Bintang ke Pusat Perubatan Sentul untuk pemeriksaan tetap kandungannya.

“Beliau (ibu bayi itu) berkata beliau dapat merasa air ketuban pecah dan beliau benar-benar tidak dapat menahan rasa sakit, jadi beliau memekik dan memekik,” kata Grace.

Wanita tersebut akhirnya melahirkan bayinya di tempat duduk belakang kereta Grace.

“Sejurus saya menghentikan kereta di laluan masuk, bayi itu sudah pun lahir, benar-benar di hadapan hospital itu,” ujar Grace kepada sebuah akhbar.


Insiden ini turut mendapat perhatian daripada Grab Malaysia sendiri.

“Kami gembira mendengar bahawa seorang bayi dilahirkan semasa melanggani khidmat Grab.

“Kami sangat berbangga dengan rakan pemandu kami, Grace, yang kekal tenang dan membawa ibu bapa dan bayi itu ke hospital dengan selamat,” menurut Grab Malaysia dalam catatan Facebooknya.

Disebabkan insiden ini juga, Grab Malaysia memutuskan perjalanan percuma seumur hidup diberikan kepada grab baby tersebut. Manakala Grace pula turut mendapat habuan atas pemanduan tenangnya dalam keadaan kelam kabut itu.

“Kami juga sedang menyiapkan sesuatu yang istimewa bagi Grace. Daripada kami semua di Grab, tahniah kepada ibu bapa itu dan bayi mereka!” tambah Grab. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

Kategori