Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SKMM Nafi Intip Telefon...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan kononnya telefon...

1MDB: Saksi Tak Salahkan...

KUALA LUMPUR - Timbul persoalan bagaimana saksi ke-9 yang juga merupakan bekas Ketua...

Xavier Andre Justo Mahu...

BANGKOK - Xavier Andre Justo yang dihukum penjara di Bangkok atas tuduhan memeras...

Al-Fatihah: Pelawak Veteran Pie...

BALIK PULAU - Pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar atau lebih...

Gila! Potong Kemaluan Anak Semata Balik Pada Suami

KEJAM! Ini sahaja perkataan yang terkeluar kepada wanita ini bagi menggambarkan tindakan tidak masuk akal terhadap anaknya itu.

Seorang wanita di timur China telah memotong kemaluan anak lelakinya, semata-mata kerana mahu kembali ke pangkuan keluarga suami.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Chongren, dekat bandar Fuzhou, wilayah Jiangxi.

Mangsa yang dikenali sebagai Xiau Wen namun dipercayai telah melepasi tahap kritikal dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut laporan sebuah media China, Xiau Wen dibawa ke hospital oleh datuk dan neneknya selepas kejadian dalam keadaan yang penuh berlumuran darah.

Setibanya di hospital, doktor segera menjalankan pembedahan penyambungan kemaluan.


Doktor berkata, mangsa mungkin akan mengalami kesukaran fungsi pada bahagian zakar.

Namun, dia dikatakan masih berpeluang mempunyai zuriat pada masa akan datang sekiranya bahagian tersebut sembuh sepenuhnya.

Nenek kepada kanak-kanak malang itu memberitahu wanita berkenaan telah meninggalkan keluarganya sejak setahun yang lalu dan berkahwin dengan orang lain. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori