Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lim Mahu Jumpa Fadillah...

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng berharap dapat mengadakan pertemuan empat mata...

Bas Ekspres, Treler Jatuh...

BUKIT BERUNTUNG - Bas ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam...

Ebit Lew Beli 500...

JOHOR BAHRU - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membeli 500 unit tablet untuk...

Wanita Maut, 5 Lagi...

SARIKEI - Seorang wanita maut manakala lima lagi termasuk seorang bayi perempuan cedera...

Gimnas Farah Ann Pertahan Emas Acara Senaman Lantai

SKUAD gimnastik wanita negara menuai satu lagi pingat emas Sukan SEA 2017 menerusi Farah Ann Abdul Hadi selepas cemerlang di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Farah Ann mengungguli disiplin senaman lantai dengan 13.450 mata, sekali gus ulangi pencapaian dua tahun lalu, mengatasi saingan gimnas Filipina, Kaitlin De Guzman manakala gangsa milik Rifda Irfanaluthfi dari Indonesia.

“Saya hanya memikirkan untuk melakukan yang terbaik dan sokongan yang hadir telah membantu saya untuk meraih emas. Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada rakyat Malaysia,” kata Farah Ann.

Pingat emas ini adalah yang kedua berjaya disumbangkan oleh atlet berusia 23 tahun itu selepas beliau turut merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan.

Seorang lagi gimnas negara, Tan Ing Yueh, yang menduduki tangga keempat senaman lantai, mengulangi pencapaian meraih perak, dua tahun lalu, dengan persembahan agak cemerlang dalam disiplin batang titian.

Ing Yueh, yang pada awalnya diumumkan sebagai memenangi emas, kemudian diberikan pingat perak di belakang Rifda selepas semakan semula manakala Kaitlin dikalungkan gangsa.

“Saya berpuas hati dengan persembahan kali ini. Pencapaian meraih satu emas dan satu perak sudah memadai dengan persiapan yang saya lakukan,” kata Ing Yueh.

Difahamkan, keputusan menarik balik emas daripada Ing Yueh dan sebaliknya dihadiahkan kepada Rifda diputuskan juri selepas tuntutan dibuat kem Indonesia dengan wang pertaruhan AS$200 (RM856).


Juri kesudahannya memutuskan Rifda mendapat 13.125 mata (daripada 13.025 sebelumnya) manakala Ing Yueh kekal 13.100 mata. Namun, atas semangat kesukanan, kem Malaysia menerima keputusan itu tanpa bantahan.

“Wakil daripada Indonesia telah melakukan protes dengan membayar sebanyak AS$200 untuk meminta juri melakukan pengiraan semula dan Tan Ing Yueh terpaksa akur di tempat kedua.

“Penelitian hakim adalah lebih penting kerana mereka lebih arif dari segi pengiraan markah. Kami letak sasaran raih empat emas tetapi kami melebihi sasaran awal dengan lima emas,” kata pengurus pasukan gimnastik negara, Azmi Hassan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori