Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Doktor Muda Berputih Mata...

KUANTAN - Takut setelah dimarahi berulangkali oleh anggota sindiket Macau Scam yang menyamar...

Manfaatkan Portal MyWanita Untuk...

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita yang baharu berkecimpung dalam perniagaan secara dalam talian...

Liwat Pelajar Tahfiz, Warden...

KANGAR - Seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan...

LGE Jemput Wartawan Bukan...

KEPALA BATAS - Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjemput petugas media melawat...

Gimnas Raih 3 Emas Acara Kekuda Berpelana, Melombol

HEBAT… Tiga lagi pingat emas hadir daripada kem gimnastik menerusi acara kekuda berpelana dan melombol di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), hari ini.

Atlet wanita, Tan Ing Yueh, menepati jangkaan apabila mengungguli acara melombol dengan kutipan 13.400 mata sekali gus meraih pingat emas untuk kontinjen negara.

Wakil Indonesia, Rifda Irfanaluthfi membawa pulang pingat perak dengan 13.288 mata sementara, seorang lagi wakil negara, Tracie Ang mengutip gangsa dengan 12.725 mata.

Tracie turut mengutip pingat perak dalam acara palang tidak sejajar apabila hanya dipisahkan dengan 0.325 dengan pemenang pingat emas, Kaitlin Cera Lianne De La Cruz dari Filipina yang mengutip 12.875 mata.

Sementara itu, gimnas lelaki negara, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo Phay Xing masing-masing membolot pingat emas dalam acara kekuda berpelana selepas berkongsi catatan 13.650 mata.

Gangsa menjadi milik gimnas dari Thailand, Jamorn Promanee.


Dalam perkembangan lain, Zul Bahrin Mat Asri berjaya menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam acara senaman lantai selepas mencatat 13.750 mata.

Emas menjadi milik wakil Filipina, Capellan Reyland Yuson yang berjaya mempertahankan pingat dimenanginya dua tahun lalu di Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori