Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Boling Padang: Berpasangan Lelaki...

SKUAD boling padang negara meraih emas keempat dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur...

Kelindan Lori Maut, Tercampak...

DUNGUN - Seorang kelindan lori terbunuh selepas lori yang dinaikinya bertembung dengan sebuah...

Malaysia Tak “Dijajah” Oleh...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar...

Mesyuarat Majlis PBT Disiar...

PUTRAJAYA - Orang ramai kini boleh menyaksikan perjalanan Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Tempatan...

Gugur Hafifi Berdasarkan Penilaian Profesional

KUALA LUMPUR – Pengguguran atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor untuk Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah berdasarkan kepada penilaian profesional.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau menerima laporan doktor pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang menyatakan Hafifi mengalami kecederaan serius sekaligus tidak membolehkan beliau beraksi pada temasya KL2017.

“Laporan ISN kata kecederaan beliau serius dan pandangan doktor pakar dan ISN adalah bahawa beliau tidak boleh bertanding pada Sukan SEA. Saya tahu Hafifi tunjuk yang dia masih boleh angkat lagi tapi kita kena percaya kepada pakar.

“Adakalanya pakar perubatan buat keputusan untuk menyelamatkan atlet daripada dirinya sendiri. Mungkin dia rasa dia boleh tapi berdasarkan kepada penilaian doktor dan scan, ia menunjukkan kecederaan serius,” katanya.

ISN sebelum ini membuat keputusan bahawa Hafifi masih belum pulih daripada kecederaan paha yang dialaminya ketika berlatih di China pada bulan lalu.

Khairy menjelaskan jika sekiranya atlet dari Terengganu itu masih cuba bertanding, ia boleh mengundang kepada kecederaan yang mungkin akan menjejaskan karier beliau sebagai atlet angkat berat.


Katanya keputusan yang dibuat tidak mudah kerana Hafifi adalah antara atlet yang menjadi sasaran negara untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA kali ini.

“Saya tahu Hafifi memang sangat kecewa apabila beliau tidak boleh beraksi di hadapan peminat tanah air dan negara sendiri. Ini juga Sukan SEA pertama beliau tapi kami mahu dia sembuh sepenuhnya untuk pastikan dia pertahankan pingat emas Sukan Komanwel tahun depan,”katanya.

Keputusan menggugurkan Hafifi ternyata mengejutkan peminat sukan tanah air apabila beliau dijadikan sandaran pingat emas acara itu, yang kali terakhir menyumbang emas menerusi Che Mohd Azrol Che Mat dalam kategori 105kg di Manila pada 2005. – BERNAMA

Kategori