Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Belanjawan 2021 Lulus Di...

KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap...

Nik Faisal Mungkin Telah...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff...

Jemaah Haji Hadapi Dugaan...

ARAFAH - Kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di sini,...

Anwar Jumpa Pesuruhjaya Brunei...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Gwyneth Paltrow Disaman Kerana Menipu

STATUS sebagai bintang Hollywood tidak menjadikan Gwyneth Paltrow kebal daripada tindakan undang-undang.

Aktivis hak pengguna menggesa Unit Tindakan Makanan, Dadah dan Ubat California membuka siasatan terhadap perniagaan Goop yang diusahakan pelakon filem Shakespeare In Love itu kerana dikatakan membuat dakwaan palsu mengenai sebahagian produknya.

Pergerakan Truth in Advertising (TINA), dalam siaran di laman webnya berkata, mendakwa menemui lebih 50 contoh yang menunjukkan Goop membuat dakwaan tidak berasas dan menipu mengenai kesihatan serta rawatan penyakit untuk memasarkan produknya.

Kata TINA lagi, Goop mendakwa produknya boleh merawat, menyembuh, mencegah, mengurangkan gejala atau mengurangkan risiko menghidap pelbagai masalah kesihatan.

Antara produk yang diadukan kumpulan tersebut adalah kristal yang dikatakan boleh merawat masalah ketidaksuburan, haruman bunga mawar sebagai penawar kemurungan, mawar hitam untuk psoriasis (radang kulit), pelekat boleh dipakai untuk kemurungan dan vitamin D3 untuk penyakit kanser.

Kumpulan itu menyebut mereka sudah menghantar surat berhubung perkara terbabit kepada pihak berkuasa berkaitan, minggu lalu.


Sementara itu, Goop, yang mengendalikan laman beli-belah dalam talian berkata, dakwaan kumpulan berkenaan tidak berasas, namun bersikap terbuka terhadap kritikan, selain konsisten memperbaiki mutu produk dan maklumat.

Paltrow, 44, mengasaskan Goop pada 2008 sebagai blog gaya hidup dan petua kecergasan, yang kemudiannya berkembang menjadi perniagaan runcit dalam talian.

Sejak awal kemunculannya, Goop telah menerima kritikan ramai kerana menjual barangan yang ‘hanya orang kaya mampu miliki’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori