Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suspek Pengganas Bakar Diri...

MELBOURNE - Seramai 26 orang awam tercedera apabila seorang lelaki bertindak membakar salah sebuah cawangan Bank...

Dikata Sombong: Zul Ariffin...

DI WAKTU sedang mengecapi puncak populariti, figura berbadan sado ini tiba-tiba terpalit dengan kontroversi...

Yusof Haslam Tak Terlibat...

PENERBIT Datuk Yusof Haslam, 62, memberitahu bahawa beliau tidak terlibat sama sekali dalam...

Najib Diperkenan Menghadap TMJ,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap...

Ha?… Cik B Beri Amaran Pada Lelaki Cuba Dekati DSV

SIAPA yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida yang begitu kaya-raya orangnya.

Tambahan lagi, produknya sekarang ni semakin hangat di pasaran. Laris seperti pisang goreng panas!

Baru-baru ini, Cik B, anak kepada jutawan kosmetik ini berjaya menarik perhatian ramai netizen melalui satu video yang dimuat naik oleh Vida di laman Instagram miliknya.

Menerusi video itu, memaparkan gadis itu memberi amaran dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki-lelaki yang ingin mengajak ibunya berkahwin.

“Ini perisai saya! Jangan sesiapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi! Siapa-siapa pun… Semua tu nak perhatian, nak duit. Saya tahu la.

“Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glemer? Nak kaya? Nak duit?” selorohnya dengan nada tidak puas hati.

Video yang mendapat lebih daripada 500,000 tontonan itu mendapat reaksi netizen yang pelbagai di mana rata-rata antara mereka terhibur dengan telatah anak gadis jutawan itu.


Dalam pada itu, netizen begitu kagum dengan sikap berani Cik B untuk menyuarakan isi hati kepada orang ramai demi melindungi ibunya.


Anak mana tak sayang ibu kan? Anak mana yang nak tengok ibu sendiri disakiti?

Apa-apa pun part beatbox tu memang terbaik Cik B! Bolehlah kot ajar hakak lepas ni… – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Kategori