WANITA ini sanggup menghabiskan wang sebanyak RM55,000 semata-mata untuk menukar dirinya menjadi patung seks.
Bagi tujuan itu, Cindy Moore, 31, telah membelanjakan wang terbabit untuk membuat pembedahan membesarkan payu dara, menyambung rambut dan menyuntik bibir sebanyak tiga kali dalam masa sebulan.
Dia yang berasal dari Salford, Greater Manchester, melakukan pembedahan itu semata-mata kerana mahu kelihatan cantik.
“Saya mahu lakukan lagi pembedahan membesarkan payu dara. Saya bernasib baik kerana kulit saya tidak memerlukan botox.
“Saya suka wajah palsu sejak berusia 19 tahun dan hanya mengambil langkah lebih ekstrem dengan melakukan pembedahan selepas tunang saya yang juga bapa kepada dua anak kami, telah berlaku curang,” katanya.
Jelasnya, selepas berpisah dengan tunangnya, Cindy telah melihat di depan cermin dan mahu melakukan perubahan lalu dia mula menguruskan badan.
Dia memilih patung seks selepas menonton Channel 5 yang menayangkan program ā100% Hotterā iaitu rancangan yang menampilkan lelaki dan perempuan dengan badan yang cantik.
Keluarga Cindy menyokongnya malah ibunya mahu Cindy menjadikan impiannya itu sebagai `duitā.
Dia kini memuatnaik gambar seksi di internet, di mana follower Cindy dalam akaun sosial membayarnya RM138 sebulan. – MYNEWSHUB.CC