Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aidiladha: 1,200 Ekor Lembu...

KUCHING - Tiga hari menjelang sambutan Aidiladha, sebanyak 1,200 ekor lembu yang disediakan...

Seluruh Pekan Jadi Ais...

SIBERIA – Lebih 22,000 penduduk di Dudinka terkejut ketika bangun pagi apabila mendapati...

PM Najib Sampaikan Anugerah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan Anugerah Ikon...

Air Pasang Besar: Penduduk...

SUNGAI PETANI - Penduduk di sepanjang pesisir pantai Kota Kuala Muda, Kedah sudah...

Hafiz Terang Situasi Sebenar Mengapa Bubar Perkahwinan

HAFIZ Hamidun menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam perkahwinannya sehingga membawa kepada tindakan untuk membubarkan pernikahan tersebut.

Dalam sidang media yang dilakukan menerusi Insta Live di Instagramnya pada jam 3.11 petang hari ini, Selasa, Hafiz merungkai persoalan tentang status pernikahannya yang dilanda kontroversi berdasarkan sebuah kenyataan 13 perkara.

Hafiz memulakan kenyataan rasminya dengan menceritakan perkahwinan dan perceraian isterinya, Joy Revfa (nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin) dengan suami pertamanya, Datuk Rayos Imran.

“Siti Arifah Mohd Amin bernikah dengan Mohd Rayos Abdul Rahim pada 10 Januari 2013 disahkan oleh Mohd Nasir Bin Awang, Konsul Jeneral di Konsulat Malaysia di Thailand. Perkahwinan itu tidak didaftarkan di Malaysia.

“Menurut Siti Arifah, dia telah diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp. Oleh itu, saya telah berkali-kali meminta Siti Arifah surat perakuan cerainya tetapi dia seperti tidak mahu selesaikan urusan tersebut,” sebut Hafiz di dalam kenyataan rasminya.

Dalam perkara ketiga, Hafiz menyatakan Joy tahu dia masih belum mempunyai surat perakuan cerai sehingga beberapa hari sebelum mereka bernikah meskipun setelah berkali-kali disuruh oleh Hafiz untuk mendapatkannya.

“Bagaimanapun, pernikahan diteruskan selepas Pejabat Agama Islam Daerah Petaling berpuas hati dengan keterangan proses perceraian yang berlaku dalam perkahwinan Siti Arifah yang terdahulu. Namun, pejabat agama masih meminta surat perakuan cerai tersebut.

“Siti Arifah bagaimanapun gagal mengemukakan surat itu. Oleh itu, saya dan Siti Arifah sendiri telah ke Songkhla bagi menguruskan hal cerai taklik di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand,” terangnya lagi.

“Saya dan Siti Arifah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling sekali lagi bagi menyerahkan surat perakuan cerai taklik tersebut. Namun, hasil siasatan pejabat agama mendapati Siti Arifah masih lagi dalam ikatan perkahwinan ketika melangsungkan perkahwinan dengan saya pada 1 Mei 2017.”


Menurut Hafiz lagi, laporan sepanjang 2 muka surat dibuat ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya untuk difaraqkan (dibubarkan) pada 8 Ogos lalu.

Hasil persetujuan bersama, tuntutan faraq tersebut akan difailkan oleh Hafiz dan mahkamah turut meminta agar prosedur pembubaran itu dibuat secara tertutup.

“Maka pada Isnin (21 Ogos), saya telah memfailkan faraq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

“Namun, permohonan tersebut tidak dapat didaftarkan kerana pihak Siti Arifah turut membuat permohonan yang sama pada Jumaat, 17 Ogos di Mahkamah Syariah Shah Alam.

“Lanjutan permohonan faraq ini, saya telah melantik Tuan Hj. Azmi Bin Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rais daripada firma guaman Zulkifli Yong Azmi & Co.,” hurai Hafiz lagi.

Hafiz turut menyatakan bahawa tiada sebarang keperluan baginya untuk menjawab segala persoalan yang timbul daripada kenyataan Siti Arifah kerana tiada kepentingan awam dan terdapat fakta-fakta yang disembunyi serta dikelirukan.

“Semoga urusan ini dipermudahkan dan kebenaran akan terbela. Tidak ada kenyataan lanjut yang akan dikeluarkan bagi menghormati kredibiliti mahkamah,” kata Hafiz lagi, sebelum menamatkan kenyataannya dan memberi ruang kepada media untuk sesi soal jawab.

Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu namun tidak sampai sebulan pernikahan mereka telah diuji dengan keraguan yang timbul akibat kes perceraian perkahwinan pertamanya yang belum selesai selepas mengahwini Hafiz. – MYNEWSHUB.CC

Kategori