Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Korban Koronavirus Di China...

BEIJING - Jumlah kematian disebabkan koronavirus baharu (2019-nCoV) di China meningkat kepada 636...

Pensyarah Lantang Kritik Tun...

PENGANALISIS politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof yang terkenal dengan kelantangan mengkritik Tun Dr....

Mawla Amin Bukan Warga...

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed...

3 Lelaki Maut Kenderaan...

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis...

Hamil 5 Bulan Bukan Halangan Tuai Emas

TAHNIAH diucapkan kepada atlet ekuestrian negara, Quzandria Nur Muhamad Fathil yang berjaya meraih pingat emas dalam acara dressage individu.

Tapi apa yang mengejutkan ramai orang ialah apabila wanita ini sebenarnya sedang hamil 5 bulan. Walaupun sedang hamil, tapi Quzandria tetap gigih.

Beliau malah berusaha untuk menamatkan acara ini dengan penuh bergaya selepas berjaya menyumbang satu lagi emas buat negara kita.

Ramai yang berasa bimbang akan kesihatan bayi di dalam kandungannya tu kerana acara ini melibatkan tunggangan kuda. Takut salah langkah, lain pula yang jadi nanti.

Namun, wanita ini telah pun berbincang dengan doktor yang merawatnya dan mendapati keadaannya sekarang tidak akan menggugatkan kandungannya.

“Saya telah berbincang dengan doktor mengenai keadaan saya tetapi ia tidak menggugat saya. Apa yang saya buat ini untuk negara. Memang ia merupakan cabaran buat saya.

“Tetapi ia memberi kepuasan apabila kita raih kejayaan itu dan ini satu pencapaian yang sangat bermakna. Saya anggap kejayaan ini sebagai rezeki anak yang bakal dilahirkan,” kata atlet itu.

Dia bersama dengan kuda kesayangganya, Rosentolz telah berjaya mengalahkan sembilan lagi peserta lain yang bermati-matian untuk bergelar juara dalam acara ini.


Quzandria juga berkongsi kegembiraan bersama dengan abangnya, Qabil Ambak yang mendapat tempat kedua dalam acara yang sama.

Catatan masa yang berjaya diraih oleh Qabil ialah sebanyak 149.547 dan tempat ketiga disandang oleh wakil dari Singapura, Caroline Chew.

Ternyata, kesemua peserta yang menyertai Sukan SEA 2017 kali ini bersungguh-sungguh untuk mendapat gelaran juara. Mereka bukan sahaja berjuang demi negara, namun demi kepuasan diri mereka juga.

Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang dalam semua acara. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori