Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Angka Korban Bot Karam...

BANGKOK - Angka korban bot karam di sungai Chao Phraya Ahad lalu meningkat...

Wartawan Dipecat Kerana Maki...

GARA-GARA memaki anggota polis selepas ditendang keluar dari sebuah kelab, seorang wartawan sebuah...

Nak Jimat Guna Alat...

Mungkin ramai pengguna di luar sana yang masih memandang enteng tentang perkara ini,...

Hari 6: Tiba-Tiba Anwar...

Masuk hari keenam perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana...

Harap Kerjasama Lebih Kukuh Antara Negeri, Persekutuan

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap kerjasama lebih kukuh dapat dijalin di antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan agar nasib rakyat negeri itu terus terbela.

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah negara yang maju menjelang 2020.

“Kita akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk sama-sama membantu rakyat Kelantan, kerana kita tidak mahu ada sebuah negeri yang belum maju apabila kerajaan Persekutuan mengisytiharkan negara maju menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dalam ucapannya berkata kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri semakin baik terutama membabitkan beberapa projek seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kelantan.


Dalam perkembangan lain, Hamzah pada sidang akhbar berkata Kelantan kini mempunyai 818 koperasi dengan 350,000 orang anggota membabitkan pengumpulan syer sebanyak RM327 juta.

“Aset yang terkumpul setakat ini mencecah RM1.88 bilion manakala perolehan pula adalah sebanyak RM1.08 bilion pada tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Kategori