Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pesara Tentera Amang Seksual...

IPOH – Tindakan seorang pesara tentera melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan...

Pemuda Hancur Tangan Kiri...

PASIR MAS - Seorang lelaki berusia 27 tahun hancur tangan kirinya apabila mercun...

Bahasa Melayu Jambatan Satukan...

PUTRAJAYA - Bahasa Melayu harus difahami oleh setiap rakyat di negara ini sebagai...

Mohammad Razin Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin...

Harga Durian Meningkat Berikutan Pengeluaran Kurang

NIBONG TEBAL – Kenaikan harga durian sehingga menjadi rungutan pengguna pada tahun ini disebabkan pengeluaran buah itu menurun sehingga 40 peratus berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata selain itu permintaan yang tinggi untuk pasaran luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan China juga menyebabkan harga raja buah itu meningkat sehingga lebih 50 peratus berbanding tahun lepas.

“Di Malaysia terdapat beberapa jenis durian iaitu pelbagai varieti durian komersial seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah, D24 dan banyak lagi selain durian kampung dan durian import dari Thailand.

“FAMA akui faktor utama kenaikan harga adalah cuaca yang tidak menentu yang menyebabkan pengeluaran durian merosot sehingga 40 peratus daripada 300,000 tan metrik setiap tahun sebelum ini dan peningkatan industri produk berasaskan durian yang semakin meluas di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Ulam-ulaman Tempatan peringkat Sekolah Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh (SMKSA) di sini.

​​​​​​​​​​​​​​Pada program itu pelajar sekolah yang hadir turut dijamu dengan pelbagai buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, cempedak, nangka dan dokong.


Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keluhan pengguna yang mendakwa harga durian tahun ini naik mendadak termasuk durian kampung dijual antara RM15 hingga RM25 sekilogram, manakala durian komersial dijual pada harga RM40 hingga RM120 sekilogram.
Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan kenaikan harga itu berpunca daripada tindakan peruncit atau pemborong sengaja menaikkan harga sebaliknya mengakui harga yang sedikit tinggi membantu ekonomi pekebun kecil.

“Kesedaran pengguna terhadap durian juga kini semakin meningkat terutama melibatkan produk berasaskan durian seperti durian crepe atau ais krim yang membolehkan orang ramai menikmati durian sepanjang tahun tanpa perlu menunggu musim.

“Selain itu, pertumbuhan pesat industri memproses produk berasas durian juga semakin meningkat termasuk penghasilan pes durian dan ia menjadikan perusahaan itu bukan lagi perniagaan bermusim,” katanya. – BERNAMA

Kategori