Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bapa Tunai Hasrat Anak...

TERBAIK! Seorang lelaki dari Virginia, Amerika Syarikat ini selayaknya mendapat gelaran 'Dad Of...

ASEAN Perlu Berani Untuk...

MANILA - Sepuluh anggota ASEAN yang menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini...

Polis Cari Waris Lelaki...

SEPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengesan waris seorang lelaki warganegara Korea...

Suami Mengamuk Akaun Instagram...

SUAMI Kris Dayanti, Raul Lemos meluahkan kemarahannya apabila akaun Instagram penyanyi popular Indonesia...

Hari Raya Aidiladha: Brunei, Pakistan 2 September

PUTRAJAYA – Secara tradisional, Hari Raya Haji atau Aidiladha diisytiharkan sebagai cuti umum rasmi di semua lebih 40 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ada juga yang mengumumkan perayaan tersebut sebagai kelepasan am sehingga empat hari iaitu 10 Zulhijjah dan diikuti tiga hari tasyrik selepas itu bagi memudahkan urusan ibadah korban penyembelihan haiwan ternakan.

Untuk tahun ini, hampir semua negara termasuk di negara yang diketahui bukan majoriti Muslim mewartakan tarikh Aidiladha jatuh pada 1 September iaitu sehari selepas ibadah wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah atau 31 Ogos.

Bagaimanapun, tinjauan stesen penyiaran antarabangsa AlJazeera mendapati hanya Brunei dan Pakistan sahaja merayakan Aidiladha pada 2 September ini ekoran anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan pada petang 22 Ogos lalu.

Manakala negara-negara jirannya di rantau Asia tenggara dan seluruh dunia mengisytiharkan secara rasmi tarikh permulaan 1 Zulhijjah jatuh pada 23 Ogos lalu, sekali gus perayaan tersebut disambut pada tarikh 1 September ini.

Lebih menarik, Filipina turut mewartakan Aidiladha pada 1 September sebagai cuti kebangsaan sejak 2002 lagi bawah proklamasi Akta Republik 9177 demi menghormati umat Islam sebagai agama kedua terbesar di negara itu.


Berikut tempoh cuti Aidiladha di beberapa negara:

* Arab Saudi = 16 hari dari 24 Ogos hingga 9 September
* Qatar = 10 hari dari 31 Ogos hingga 10 September
* Turki = 10 hari dari 25 Ogos hingga 4 September
* Malaysia = 5 hari dari 31 Ogos hingga 4 September
* Mesir = 5 hari dari 31 Ogos hingga 4 September
* Oman = 5 hari dari 31 Ogos hingga 4 September
* Kuwait = 5 hari dari 31 Ogos hingga 4 September
* Jordan = 5 hari dari 31 Ogos hingga 4 September
* Palestin = 5 hari dari 31 Ogos hingga 4 September
* Pakistan = 4 hari dari 1 September hingga 4 September
* Lubnan = 4 hari dari 1 September hingga 4 September
* Bosnia = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Uganda = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Nigeria = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Ghana = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Filipina = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Brunei = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Indonesia = 3 hari dari 1 September hingga 3 September
* Singapura = 3 hari dari 1 September hingga 3 September

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori