Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Elak Fitnah, Ruhainies Keluar...

SELEPAS dihimpit kontroversi bersama suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu, pelakon Ruhainies memberitahu...

Kehadiran Dr M Di...

SANDAKAN - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran...

Benarkah Bangsa Johor Ada...

KECOH di media sosial hari ini apabila beberapa keping gambar tersebar memperlihatkan kononnya...

Tembakan Dilepaskan Ke Arah...

SIBU: Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan...

Hoo-Woon Mara Separuh Akhir Terbuka New Zealand

KUALA LUMPUR – Beregu utama wanita negara Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei mara ke separuh akhir Grand Prix Terbuka New Zealand hari ini.

Mereka mengalahkan beregu muda China,  Qiao Shijun/Zhang Shuxian 21-7 dan 21-16 di suku akhir di North Shore Events Centre, Auckland, menurut laman web Persekutuan Badminton Sedunia www.bwfbadminton.com.

Beregu lelaki negara Ong Yew Sin/Teo Ee Yi mendapat tentangan sengit daripada pilihan ketujuh Liao Min Chun/Cheng Heng Su daripada Taiwan sebelum menang 19-21, 21-14 dan 21-16 untuk turut layak ke separuh akhir.

Namun dua lagi wakil Malaysia kalah kepada lawan masing-masing.

Beregu wanita Joyce Choong Wai Chi/Goh Yea Ching membuat persembahan baik namun kalah 30-28, 11-21 dan 20-22 kepada pilihan keempat daripada Jepun, Ayako Sakuramoto/Yukiko Takahata.


Sementara pemain perseorangan wanita Ho Yen Mei pula kalah kepada pilihan kedua daripada Indonesia, Fitriani Fitriani 21-9, 10-21 dan 13-21.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki dan beregu campuran turut kecundang apabila kalah kepada lawan masing-masing semalam. – BERNAMA

Kategori