Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penganjur Bantah TPPA Mahu...

KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan aman bantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mungkin...

Amaran Hujan Lebat Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat...

Pahang Bina 3,668 Unit...

BENTONG - Kerajaan Pahang telah melaksanakan 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) setakat ini...

Rukun Negara Tunjang Keamanan,...

KUALA LUMPUR - Tiada siapa dapat menidakkan pegangan hidup rakyat berpaksikan kepada lima prinsip Rukun...

Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

SEBELUM ini Kementerian Komunikasi dan Multimeda telah mengarahkan semua radio dan saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan siaran lagu popular, Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber, mulai 19 Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM menarik balik kelulusan siaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.

BACA:  Lagu Despacito Dihentikan Di RTM – Salleh Said Keruak

Keputusan itu diambil berikutan lirik lagu tersebut yang dikatakan tidak sesuai untuk generasi muda kerana ia mengandungi bait-bait lirik kurang sopan.

Susulan pengharaman itu, pengacara program bual bicara popular Amerika Syarikat, James Corden ada membuat sedikit lawak menyentuh tentang isu tersebut dalam rancangannya, The Late Late Show with James Corden, baru-baru ini.

Dalam rancangan itu, James yang berasal dari United Kingdom secara berseloroh mengatakan sesiapa yang sudah bosan mendengar lagu Despacito, bolehlah berpindah ke Malaysia memandangkan kerajaan telah mengharamkan lagu tersebut daripada dimainkan.

Malah, James secara bergurau juga turut menyatakan dia sudah bosan mendengar lagu tersebut asyik diputarkan di corong-corong radio dan televisyen di sana selain tidak memahami bait-bait lirik dalam lagu yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu.


Gurauan James itu kemudian mendapatkan tepukan gemuruh daripada penonton yang mungkin juga sudah jelak dengan lagu overplayed tersebut.

Selain program talk show itu, James juga turut dikenali dengan rancangan Carpool Karaoke yang mana ia menjemput penyanyi popular antarabangsa untuk berkaraoke dengan James dalam keretanya.

Setakat ini, artis-artis yang sudah dipelawa berkaraoke bersama ialah Katy Perry, Chris Martin, Bruno Mars, Adele, One Direction dan Ed Sheeran. – MYNEWSHUB.CC

Kategori