Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Usahawan Kosmetik, Rakan Direman...

BANDAR BARU BANGI - "Tak baik tau," itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi...

Letupan Bom: Mahkamah Tetapkan...

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 Oktober untuk...

Model Ditinggalkan Tunang Seminggu...

SEORANG model mendakwa ditinggalkan tunangnya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka gara-gara berat...

Lebih 10,000 Dijangka Hadir...

KOTA KINABABALU - Lebih 10,000 rakyat mewakili  pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia, kakitangan awam serta individu  dijangka...

Hospital Cyberjaya Siap Pada Tahun 2020

KUALA LUMPUR – Hospital Cyberjaya, dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualkan siap pada 2020, akan menjadi pelengkap kepada hospital-hospitak awam di Selangor, selain mengurangkan kesesakan di hospital awan terdekat di Putrajaya dan Sepang.

Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Mohd Najib Ibrahim berkata hospital dengan kemudahan 288 katil itu terletak berdekatan Gem In Mall yang akan memberi perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya, Puchong, Dengkil dan Sepang.

“Hospital sembilan tingkat di kawasan seluas 4.86 hektar itu juga menyediakan 965 ruang parkir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata syarikat itu melantik Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, anak syarikat Gadang Holdings Bhd, sebagai kontraktor utama bagi projek hospital berkenaan.


Hospital Cyberjaya dibangunkan dengan reka bentuk yang memenuhi standard pensijilan Indeks Bangunan Hijau bagi Kelestarian – dengan ciri-ciri teknologi mengumpul tenaga solar dan orientasi solar optimum, yang memudahkan operasi mesra alam dan kecekapan tenaga.

Hospital awam itu yang bermatlamat meningkatkan penawaran bandar itu, adalah antara 11 pengumuman utama yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan ulang tahun ke-20 Cyberjaya, Mei lepas. – BERNAMA

Kategori