Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sikap Berdiam Diri SPRM,...

SHAH ALAM – Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Zahid Kecam Pihak Pertikai...

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak...

BN Terengganu Yakin Bakal...

DUNGUN - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin menang besar pada Pilihan Raya Umum...

Birdman Dinobat Filem Terbaik...

ANUGERAH Academy ke-87 atau turut dikenali sebagai Oscar 2015  yang berlangsung di Beverly Hills,...

Hunny Madu Bakal Timang Anak Kedua

PENYANYI dan pengacara radio popular, Hunny Madu, 33, mengakui sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, katanya, ramai yang tidak perasan perubahan fizikalnya kerana sejak hamil, dia lebih gemar mengenakan pakaian longgar dan berpotongan besar.

Malah, ramai rakan dan peminatnya terkejut apabila dimaklumkan kandungannya kini sudah mencecah usia enam bulan!

“Sebenarnya, cuma keluarga serta kawan rapat saja tahu saya mengandung. Bukan mahu berahsia tetapi memang kandungan saya tidak nampak sebab selalu pakai baju longgar. Kebiasaannya saya juga suka mengenakan jaket.

“Lucunya ada kawan yang sudah lama tak berjumpa terkejut bila dapat tahu saya hamil lagi kerana kata mereka perut saya kecil. Apatah lagi selepas saya katakan ia sudah trimester kedua.

“Syukur, rezeki ini datang memang pada masanya. Anak sulung kami, Eva Madina kini sudah lima tahun,” katanya, memetik BH Online.

Hunny mengakui mula berasa mual ketika mengendalikan program Dari Bilik Sebelah pada Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH), Mei lalu.


His photo skills has upped a few notches. Yeay well done papa. #HKEbeachgetaway #isitaboyoragirl

A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on

😍 and soon there will be 4. #hkebeachgetaway

A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on

Sebelum ini, Hunny ada memuat naik gambarnya sekeluarga bercuti di sebuah pulau dan memberitahu dia kini sedang hamil dengan menulis mengenai bilangan ahli keluarganya yang bakal menjadi empat pada kapsyen gambar.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010. – MYNEWSHUB.CC

Kategori