Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Warga Emas Maut...

JOHOR BAHARU - Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh dan dilanggar lori...

How-to Write a Simple...

Slim your matter by discovering a particular issue your paper may answer. This...

1MDB: Saksi Tak Salahkan...

KUALA LUMPUR - Timbul persoalan bagaimana saksi ke-9 yang juga merupakan bekas Ketua...

Kuliah Maghrib UAI Bukan...

KUALA LUMPUR: Program kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual diadakan di sebuah masjid...

Hutang Negara Masih ‘Boleh Diurus’ – RAM Ratings

PEMBIAYAAN China untuk projek infrastruktur utama akan mengimbangkan liabiliti Malaysia pada kadar yang diukur, RAM Ratings berkata dalam satu laporan.

Dalam laporan The Star hari ini, laporan itu menyatakan bahawa dana itu, melalui pinjaman dan terbitan hutang, akan membawa risiko pembayaran balik dan menyatakan bahawa hutang kerajaan itu adalah “besar”, namun ianya “tidak menjadi kebimbangan utama pada masa ini.”

RAM Ratings memetik projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion itu sebagai contoh yang akan meningkatkan liabiliti luar Malaysia.

Tetapi hutang tersebut masih boleh diuruskan, menurut laporan itu, dengan memetik pendapat Ketua Penarafan Kedaulatan Esther Lai bahawa:

“Tidak termasuk hutang dijamin Khazanah, yang tidak menerima bantuan kewangan daripada kerajaan, profil kematangan hutang dijamin kerajaan sebanya RM5.2 bilion secara purata untuk tahun 2017 hingga 2021.”

RAM Rating meletakkan Malaysia pada kedudukan A2/stabil dan AAA/stabil.

ECRL, antara projek-projek infrastruktur utama yang dibiayai China, telah mendapat kritikan terutamanya daripada pihak pembangkang, mengenai risiko dan pendedahan yang akan dihadapi Malaysia.

Dalam forum mengenai impak pelaburan China di Malaysia malam tadi, Ahli Parlimen pembangkang dan seorang pakar ekonomi memberi amaran bahawa Malaysia akan menghadapi “risiko ekonomi yang lebih besar” kerana hutang negara kepada bank China untuk projek-projek itu.

Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad berkata, jika pihak pembangkang mengambil alih Putrajaya, ia akan mengkaji semula beberapa projek mega yang tidak penting dan yang akan membebankan negara, seperti ECRL dan projek Rel Kelajuan Tinggi KL-Singapura bernilai RM60 bilion.


The Star turut melaporkan bahawa Lai mengakui kebimbangan mengenai lebihan kapasiti pelaburan langsung asing China (FDI) dalam projek lain, yang melibatkan pusat peranginan, ruang niaga dan hartanah.

RAM Ratings mencatatkan bahawa sektor harta komersil dan kediaman adalah negatif dalam tempoh tiga tahun yang lalu, disebabkan ketidakcocokan antara penawaran dan permintaan, serta sentimen yang lemah.

Walau bagaimanapun, Lai berkata, FDI dari China akan memberikan keuntungan kepada Malaysia kerana ianya akan memberikan keseimbangan terhadap polisi-polisi perlindungan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat.

FDI dari China boleh membantu Malaysia mengekalkan rizab asingnya kerana lebihan akaun semasa negara dijangka kekal dalam angka tunggal yang rendah sebagai peratusan KDNK (keluaran dalam negara kasar), katanya.

China telah mengembangkan pelaburannya di rantau ini melalui inisiatif ‘Belt and Road’, dan aliran masuk FDI dilihat sebagai pelengkap kepada peningkatan aliran perdagangan antara China dan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori