Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Agenda Bumiputera Kini Diangkat...

PUTRAJAYA - Agenda Bumiputera bukan lagi satu agenda nasional, sebaliknya kini sudah diangkat...

1MDB Bayar Kompaun Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membayar kompaun yang dikenakan...

1 Maut, 13 Cedera...

HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan...

Ops Bantu: 334 Anggota...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menugaskan 334 orang pegawai,...

Ibu Hamil Dibunuh Kumpulan Pemuja Syaitan 666

SEORANG ibu yang sedang mengandung telah dibunuh oleh kumpulan pemuja syaitan. Fernanda Pereyra, 26, yang berasal dari Argentina, sedang mengandung enam bulan ketika dibunuh oleh tiga lelaki yang mewakili kumpulan pemuja 666.

Mayatnya telah dibakar dalam api yang sangat panas hingga menjadi abu. Hanya rantai leher yang dipakainya sahaja yang tinggal.

Polis percaya pembunuh menggunakan minyak tanah yang banyak. Sebelum dibakar, mayatnya dipindahkan ke kawasan lain dengan menggunakan van dan meskipun van itu telah dibersihkan namun kesan darah serta rambut Fernanda masih ada.

Salah seorang yang ditahan adalah bekas kekasihnya, Luciano Hernandez.

Dia bersama dua lagi lelaki yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah dan turut mengamalkan pemujaan syaitan.


Susulan kematian yang mengejutkan, penduduk tempatan telah mengadakan protes.

Kawasan di mana Fernanda dibunuh itu mempunyai masalah sosial dengan lebih 1,000 orang dibuang kerja oleh syarikat minyak di situ. – MYNEWSHUB.CC

Kategori