Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Kurangkan Hukuman Penjara...

KUCHING - Mahkamah Tinggi hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 10 kepada 6...

Muhyiddin Juga Sedia Bekerjasama...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sedia...

Polis Sabah Rakam Percakapan...

KOTA KINABALU - Polis Sabah sudah merakamkan percakapan sembilan suspek termasuk tiga wanita,...

Suami Tak Bertanggungjawab, Semua...

HIDUP berumah tangga ni ada pasang surutnya dan merupakan satu perkongsian dalam semua...

Ibu Maut, Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

MIRI – Seorang ibu maut manakala bayi perempuannya berusia sebulan cedera parah apabila kereta sedan dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bakam pada 7.05 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Fatin Liyana Jafri, 23, manakala bayinya, Aifa Fhanieyra Aqilla Muhammad Adeni Jeludin, mengalami pendarahan dalam kepala.

“Bayi tersebut sudah dihantar ke Hospital Miri untuk pemerhatian dan suami mangsa yang berusia 22 tahun dan juga pemandu kenderaan itu turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya di sini hari ini.

Stanley berkata, ketika kejadian kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu suami mangsa yang sedang menghala ke Bintulu, cuba memotong sebuah motosikal dari arah sebelah kiri, namun gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax.

“Bagaimanapun pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak cedera dan penumpangnya hanya mengalami cedera ringan,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori