Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan...

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai...

Diasak Dugaan & Cabaran...

DISEBABKAN kontroversi yang melanda badan tersebut berkenaan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suruhanjaya...

Kilang Membuat Cat &...

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang membuat cat dan stor penyimpanan bahan kimia musnah...

Jenazah Mastura Yang Pertama...

Jenazah pramugari, Mastura Mustafa merupakan yang pertama akan diturunkan dari pesawat pada Majlis...

IJN Kesal Dakwaan Tidak Terima Surat Jaminan

KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) menegaskan hospital tertiari itu tetap menerima semua jenis surat jaminan daripada semua agensi kerajaan sama ada Persekutuan, negeri mahupun badan berkanun, syarikat swasta dan pesakit persendirian.

Sehubungan itu, IJN menyelar pihak yang menyebarkan dakyah di media sosial kononnya IJN tidak lagi menerima surat jaminan daripada kakitangan dan pesara kerajaan dan maklumat tidak betul itu kemudian dipercayai pula oleh orang ramai.

“Berhubungan dengan isu status IJN yang telah disebarkan di media sosial dan melalui medium internet baru-baru ini, pihak IJN ingin memaklumkan bahawa maklumat tersebut bukan dikeluarkan oleh IJN dan nama penulis yang tertera juga bukan kakitangan IJN.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Institut Jantung Negara Sdn Bhd adalah sebuah entiti korporat yang beroperasi dibawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). IJN merupakan sebuah hospital swasta milik kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 1992.

“IJN sedia berkhidmat untuk semua kategori pesakit yang mendapatkan rawatan di sini dengan berdasarkan polisi pelindungan kesihatan yang telah ditetapkan oleh majikan ke atas pekerja dan/atau tanggungan mereka,” tegas IJN dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata IJN, pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di IJN dengan mengunakan surat jaminan kerajaan atau syarikat korporat perlu merujuk pekeliling agensi, organisasi atau polisi syarikat terlebih dahulu untuk mendapatkan pemprosesan prosedur yang betul.


Menurut IJN, polisi perlindungan kesihatan atau surat jaminan yang dikeluarkan kepada pekerja dan tanggungan mereka adalah tertakluk kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh majikan di agensim organisasi dan syarikat masing-masing.

“Kenyataan ini dikeluarkan untuk menjelaskan pandangan dan salah tanggapan orang awam terhadap IJN,” kata IJN lagi. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • IJN

Kategori