Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan...

TMJ Hilang Sabar Dengan...

PRESTASI merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dikaitkan...

“Ramai Gelisah Dengan Cara...

KONTROVERSI yang sering melanda peguam dan aktivis pro-Pakatan Harapan (PH), Siti Zabedah Kasim...

Hari Kemerdekaan Diseragam Mulai...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan mulai tahun depan sambutan Hari...

Trend Tebuk Subang Di Lesung Pipit Jadi Ikutan

APA sahaja sanggup dilakukan demi untuk nampak cantik! Walaupun hakikatnya menyakitkan dan memudaratkan diri sendiri.

Baru-baru ini tular di negara jiran Thailand iaitu trend tindik pipi untuk menampakkan lesung pipit lebih cantik.

Kalau dulu budak-budak punk dah mulakan trend tindik satu muka, sekarang masanya untuk para gadis mengikuti trend ini.

Gila! Sanggup rasa sakit semata-mata nak nampak cantik dan puaskan diri sendiri. Mungkin bagi mereka ianya satu trend yang patut diikuti?

Prosedur ini kelihatan sangat ‘mudah’. Mereka hanya perlu melubangkan pipi dan memasukkan bebola besi kecil itu melalui dalam mulut. Hasilnya, mereka akan kelihatan lebih ‘sweet’.

Seorang gadis Siam bernama Cindy Liang telah berkongsi video di akaun Facebook miliknya tentang saat ‘manisnya’ mendapatkan perkhidmatan tindik yang semakin menjadi kegilaan gadis di sana.

Bagi gadis Siam di sana,  tindik pipi merupakan ‘aksesori’ tambahan yang sering digunakan oleh gadis lain seperti berlian atau emas.


Mereka yang memerlukan perkhidmatan ini cuma perlu melalui beberapa proses berikut:

1. Berkumur dengan menggunaan pencuci mulut bagi menyingkirkan kuman
2. Pipi gebu mereka akan dibius bagi mengurangkan rasa sakit ketika bertindik.
3. Bermulalah aktiviti menindik
4. Tempoh selama lapan bulan diperlukan bagi lubang itu sembuh sepenuhnya.
5. Mereka perlu berpantang beberapa makanan selama proses ini dijalankan dan kesihatan mulut perlu dititik beratkan.

So, ada yang berani tak nak tindik pipi? ‘Sweet’ sangat hasil tindik ini. Ada juga orang Malaysia yang dah mengikuti trend ni. Tengok sikit, sweet ke idok?

Bersyukurlah anda dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Jangan pernah mengubah hasil ciptaan-Nya .- MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori