Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Elaun ADUN Johor Naik...

KESEMUA 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor menikmati kenaikan elaun sebanyak RM4,000...

Penyokong Kerajaan Mahu Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Penyokong kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini mendesak mahu...

Polis Peru Rampas Enam...

LIMA - Pihak berkuasa Peru kelmarin berjaya merampas enam tan dadah jenis kokain...

Jangan Terima Pingat Dari...

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, tindakan tegas bakal dikenakan terhadap...

Indonesia Kecam Konsert Dangdut Depan Masjid

JAKARTA – Pengguna media sosial di Indonesia mengkritik satu konsert dangdut yang diadakan di pekarangan sebuah masjid di Tasikmalaya di Jawa Barat.

Beberapa gambar menunjukkan seorang penyanyi dangdut wanita beraksi di pekarangan Masjid Agung Kabupaten Tasikmalaya itu tular di Internet.

Menurut Jawa Pos, konsert itu diadakan pada Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun ke-385 bandar berkenaan.

Selain penyanyi dangdut itu beberapa artis termasuk Mulan Jamela turut membuat persembahan.

Dalam gambar berkenaan, seorang penyanyi dangdut dilihat membuat persembahan dengan latar belakang masjid berkenaan.


Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai tapak konsert.

“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Kategori