Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bida Plat Kereta Lucu...

BEIJING - Plat-plat pendaftaran kereta yang lucu sebenarnya adalah suatu perkara biasa di...

Haziq Kini Bebas Ke...

KUALA LUMPUR - Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Berhabisan RM1.9 Juta Untuk...

LELAKI ini, Rodrigo Alves, 33, sentiasa berangan mahu menjadi Ken, iaitu patung lelaki...

Pembunuh Gadis Kurus Mati...

Mexico – Seorang pembunuh wanita yang digelar Gadis Kurus ditemui mati dalam keadaan...

Industri Spa Jana Pendapatan, Tawar Peluang Kerja

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyarankan lebih ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam industri perusahaan spa yang dilihat mampu menjana pendapatan tinggi kepada pengusahanya.

Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata berdasarkan laporan, industri tersebut dijangka menyumbang RM666.2 juta kepada pendapatan tahunan negara selain mampu mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

“Kerajaan sentiasa berusaha menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan industri ini sebagai antara kerjaya yang mana kini ia lebih banyak didominasi oleh pekerja asing dari Indonesia, Thailand dan China.

“Bagi memastikan industri ini tidak disalah anggap oleh penduduk tempatan dan pelancong asing, kementerian telah menetapkan peraturan supaya pengusaha pusat kesihatan dan spa perlu menjalani pemeriksaan oleh pihak berkaitan untuk diberi penarafan kualiti rawatan yang ditawarkan,” katanya ketika berucap merasmikan Signature Healthland Wellness Centre di pusat beli belah Sunway Pyramid, hari ini.

Beliau berkata antara kriteria yang dipilih dalam penarafan bintang tersebut dan boleh dijadikan modul wajib dalam latihan ahli terapi spa di negara ini adalah urutan Malaysia yang menggabungkan teknik terbaik urutan tradisional kaum Melayu, Cina, India, peranakan dan pribumi etnik Sabah dan Sarawak.

Urutan yang mengambil masa 90 minit dan menggunakan tapak tangan itu dibangunkan 15 pakar dan penggiat industri spa daripada pelbagai latar belakang bawah penyeliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia sejak lima tahun yang lalu.


“Urutan Malaysia ini diharap setanding dengan teknik urutan Bali dan Thailand yang telah terkenal di seluruh dunia. Tujuan diperkenalkan urutan tersebut juga sebagai tarikan pelancong ke negara ini sekali gus mempelbagaikan tawaran produk pelancongan unik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Ia menggunakan herba dan rempah tradisional yang sinonim dengan masyarakat negara ini dan secara tidak langsung merupakan platform untuk memperkenalkan cara hidup masyarakat majmuk Malaysia kepada pelancong asing,” katanya.

Hingga kini, seramai 20 tenaga pengajar urutan Malaysia telah ditauliahkan melalui Program Latihan Tenaga Pengajar Urutan Malaysia. – BERNAMA

Kategori