UMUM mengetahui bahawa payudara adalah antara bahagian tubuh terindah yang di miliki wanita dan daya tarikannya mampu mengoncang iman kaum adam.
Maka tidak hairanlah golongan wanita sering kali menangkap pandangan lelaki yang sering merenung bahagian dada mereka dan bukannya bahagian wajah.
Bagaimanapun, apa yang akan terjadi sekiranya barangan terindah itu diduplikasikan sehingga menyerupai yang asli? Pastinya mimpi ngeri buat golongan lelaki bukan?
Baru-baru ini, seorang lelaki transgender di Thailand memuat naik video tutorial cara-cara membuat payudara palsu yang kelihatan seperti sebenar.
Apa yang menggelikan hati adalah payudara ‘jadian’ itu kelihatan begitu asli dan sangat menyerupai payudara yang sebenar.
Menerusi video, lelaki itu pada mulanya menunjukkan bahagian dadanya yang ‘rata’ sebelum dilihat menggunakan sejenis kain lembut berwarna coklat, berpadanan dengan warna kulitnya.
Dia kemudian menyarungkan kain itu di bahagian dada sambil melipat beberapa bahagian kain agar ia menjadi sendat.
Lelaki itu seterusnya mengambil dua bunjut air sebesar tapak tangan, kemudian menyelitkan ia di bahagian bawah kain di bahagian dadanya.
Bagi menampakkan hasil yang baik, dia meletakkan sedikit solekkan agar ia lebih menyerupai warna kulit.
Dengan sekelip mata sahaja, fizikal lelaki itu yang sebelumnya kelihatan normal kini berubah menjadi bentuk wanita idaman.
Rakaman video yang menjadi sensasi di media sosial Thailand itu sehingga kini menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengagumi dan tidak kurang juga mengecam lelaki itu. -MYNEWSHUB.CC