Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nahas Helikopter: Jenazah Noriah...

TANJONG KARANG - Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon...

Kumpulan Halang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ ) menyifatkan kumpulan yang mengganggu konvoi...

Jadikan Sukan Budaya Ke...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia menjadikan...

Polis Nafi UFO Berlegar...

KOTA BHARU - Polis Kelantan hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang...

Inilah Gadis Sebenar Di Sebalik Watak Emily Rose

INILAH wajah gadis berusia 23 tahun, Anneliese Michel dari Jerman yang dirasuk oleh syaitan pada era tahun 70-an dan kejadian yang menimpanya itu menjadi cetusan kepada pembikinan filem The Exorcism of Emily Rose, pada 2005.

Anneliese dilahirkan pada 1952 dan kisah hidupnya itu dikatakan lebih teruk daripada apa yang ditayangkan dalam filem terbabit.

Dia dikatakan mengalami halusinasi, menjilat air kencingnya di lantai serta makan arang dan serangga.

Dilahirkan dalam keluarga katolik, Anneliese berdepan tekanan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang katolik yang ketat. Dia mula berperangai pelik ketika berusia 16 tahun dan mula kencing malam.

Selepas setahun, Anneliese dibawa menemui doktor namun doktor gagal mengesan penyakitnya hinggalah pada 1970 apabila dia dirawat kerana menghidap tibi dan jangkitan kuman di badan.

Di hospital gadis itu mendakwa dia mendengar suara dan mengalami sawan. Namun Anneliese masih mampu kembali ke sekolah, masuk kolej dan dilatih sebagai guru.


Bagaimanapun pada 1973, dia kembali mengalami halusinasi dan yakin dirinya dirasuk syaitan. Tiada doktor dan paderi yang dalam mengendalikan perangai peliknya itu.

10 bulan kemudian, dia mengalami rasukan selama 67 jam dan telah diikat oleh ibu bapa dan paderi ketika dia dirasuk. Anneliese meninggal dunia pada 1976 dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami patah gigi, lebam di badan dan sekeliling mata.

Pada 1978, paderi dan ibu bapanya telah didapati bersalah kerana cuai hingga mengakibatkan kematian. Mereka didenda dan dihukum penjara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori