Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAS Akan Bentang Secepat...

KOTA BAHARU - PAS akan membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen...

Najib Serah Bantuan Kepada...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Selayang, Saridah Ibrahim yang...

Freedom Flotilla Dipintas Israel

TEL ALVIV - Flotilla antarabangsa yang mahu mencabar sekatan maritim Israel di Semenanjung...

Atlet Wushu Tai Cheau...

INCHEON - Atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen mencipta kejutan apabila menjadi penyumbang...

Insentif Veteran Bukti Kerajaan Hargai Jasa Tentera

KOTA BHARU – Skim bantuan baharu dan penambahbaikan manfaat sedia ada kepada bekas anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukti kerajaan mengambil berat kebajikan perajurit, kata Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Kelantan Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Beliau berkata kebanyakan usul dan cadangan yang diutarakan ATM diberi perhatian oleh kerajaan yang sentiasa cuba membantu anggota ATM dari semasa ke semasa.

“Pengumuman beberapa insentif baharu semalam bukti kerajaan sentiasa berusaha menjaga kebajikan anggota dan ia adalah penghargaan bermakna buat seluruh veteran ATM,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad berkata veteran ATM di negara ini bertuah kerana masih mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan walaupun kebanyakan mereka yang tamat perkhidmatan sudah mempunyai pekerjaan sendiri mengikut kemahiran masing-masing.

Beliau juga yakin dengan kepimpinan sedia ada pelbagai lagi insentif akan diperluas kepada bekas anggota ATM termasuk isteri dan anak-anak anggota.

Sementara itu, seorang veteran kelainan upaya ATM Mohd Hassan Salleh, 68, berkata kenaikan kadar insentif veteran kelainan upaya daripada RM500 kepada RM1,000 dan kenaikan skim pencen hilang upaya daripada RM500 kepada RM2,000 amat dihargainya.

“Pengumuman tersebut menambah kegembiraan warga emas seperti saya. Nilai duit itu satu hal tetapi apa yang lebih penting merasakan kerajaan ingat jasa dan pengorbanan kita mempertahankan negara sebelum ini,” katanya.

Bapa kepada lapan anak itu mengalami kecacatan kekal selepas tangan kanannya tercedera terkena serpihan peluru mortar ketika mengikuti Operasi Doyai Musnah II di Thailand pada 1977.

Mohd Hassan berkata beliau tidak pernah kesal dengan apa yang berlaku malah anak perempuannya Hasrina Mohd Hassan, 43, turut mengikuti jejak langkahnya menjadi anggota ATM.

Sementara itu di BERA, Pengerusi Persatuan Veteran  Tentera Daerah Bera Jang Nong Chik berkata mereka bukan sahaja bersyukur, malah amat berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan nasib mereka walaupun sudah tidak berkhidmat dengan kerajaan.


“Segala jasa dan keringat kami diiktiraf kerajaan dan kami sedikitpun tidak pernah terfikir kerajaan akan mengumumkan pemberian enam insentif yang amat berharga itu.

“Ia boleh disifatkan sebagai satu hadiah sangat bermakna untuk kami terutama yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan,” katanya kepada Bernama.

Jang  yang juga Anggota Jawatankuasa Persatuan Veteran ATM Pahang berkata keadaan itu jelas menunjukkan kerajaan sentiasa bersedia mendengar denyut nadi rakyat apatah lagi bekas veteran tentera yang banyak berjasa kepada negara.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan beberapa insentif baharu untuk meningkatkan kebajikan bekas perajurit negara sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2017 semalam.

Antara insentif itu ialah skim Bantuan Bakti Negara, skim pencen hilang upaya, insentif veteran kelainan upaya, tambahan kuota ibadah haji dan skim Anuiti Veteran.

Kerajaan turut menyumbang RM5 juta kepada Tabung Pahlawan tahun ini sekali gus melakar rekod kutipan tertinggi sejak dana itu dilancarkan.

– BERNAMA

Kategori