Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kedai Kopi Musnah Terbakar...

TELUK INTAN - Sebuah kedai kopi setingkat hangus dijilat api dalam kebakaran di...

5 Remaja Mengaku Salah...

KANGAR - Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang...

Aliran Trafik Utara, Selatan...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik ke utara dan selatan bergerak lancar dan terkawal...

TH Tidak Bertanggungjawab Uruskan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) tidak bertanggungjawab menguruskan visa Furada kerana...

‘Insiden Tidak Sengaja’ Bunuh Tentera AS

PENTAGON mengesahkan dua tentera Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh dalam pertempuran di utara Iraq bukan angkara Daish.

Menurut jurucakap Pentagon, sebaliknya mereka maut akibat ‘kemalangan yang tidak disengajakan’ dalam kejadian kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan lima anggota tentera AS turut cedera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, mereka yang terbunuh ialah Sarjan Allen Stigler Jr, 22, dari Arlington, Texas, dan Sarjan Roshain E Brooks, 30, dari Brooklyn, New York.

Kedua-dua mereka dari pasukan elit 82 Divisyen Para.

Tentera darat AS masih menyiasat insiden berkenaan.


“Seksyen artileri sedang membalas serangan mortar Daish sebelum ‘kemalangan’ berkenaan terjadi mengakibatkan tujuh anggota tentera cedera,” menurut jurucakap Pentagon Kolonel Robert Manning.

Bagaimanapun Pentagon enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit dan tidak jelas apakah yang dimaksudkan ‘kemalangan yang tidak disengajakan’ itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori