Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kegagalan Ahmad Said Punca...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata orang digantinya...

Pembunuh ‘Posing’ Lepas Tikam,...

SUSULAN insiden ngeri seorang wanita yang mati ditikam dengan sebilah pedang di Beijing,...

KiniTV Didakwa Di Mahkamah...

IBARAT kerana mulut badan binasa, terlajak kata buruk padahnya... Dua pengasas portal berita...

Ahmad Zahid Tegur Kalangan...

WASHINGTON DC - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur...

Israel Batalkan Perakuan Media Wartawan Al-Jazeera

BAITULMAQDIS – Israel semalam membatalkan perakuan media seorang wartawan Al-Jazeera kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan mempunyai unsur “penentangan”, lapor agensi berita China Xinhua.

Pejabat Akhbar Kerajaan Israel berkata, kenyataan yang sering dikeluarkan Elias Karram menimbulkan keraguan di pihak rejim mengenai tujuan sebenar wartawan berkenaan membuat liputan mengenai isu konflik Israel-Palestin.

Sejak bertahun-tahun Karram berbangsa Arad dari Nazareth, bertugas dengan AlJazeera dan membuat liputan mengenai isu Israel.

Ketua Jabatan Akhbar, Nitzan Chen berkata, kad perakuan media beliau dibatalkan sementara menunggu keputusan “sama ada Karram merupakan sebahagian rakyat Palestin yang menentang rejim Zionis”.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi Israel berkata, pihaknya merancang membatalkan perakuan media semua wartawan Al-Jazeera sebagai langkah menghalang mereka bekerja di Israel.

Selain itu rejim tersebut sedang berusaha mencari jalan mengharamkan sama sekali agensi berita itu daripada menjalankan tugas di negara itu menerusi peruntukkan undang-undang.


Sejak sekian lama, Israel menuduh Al-Jazeera berat sebelah dalam laporannya terhadap Yahudi.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini juga dilaporkan pernah mengancam untuk menutup operasi Al Jazeera di negara tersebut serta menuding jari kepada agensi itu sebagai penghasut kekerasan terhadap Israel. – BERNAMA

Kategori