TULAR video seorang gadis bertudung yang sedang begitu ‘syok’ memerli seseorang di laman Youtube baru-baru ini.
Menerusi video berdurasi kurang dari empat minit itu, ia memaparkan seorang gadis berbaju hijau sedang memerli seseorang dengan mengeluarkan ayat ayat yang begitu ‘pedas’ sekali bila didengar.
Berdasarkan topik yang ‘dibicara’ dalam video tersebut, sudah pasti netizen dapat meneka siapakah gerangan yang diperli oleh gadis tersebut kan? Tak gitu?
“Sebelum aku sepak-sepak muka engkau, baik engkau jangan keluar dengan pasangan orang. Engkau tu dah tua bukan darjah tiga. Hormat sikit pasangan orang,” ujar gadis itu dengan nada menyindir.
Bukan sahaja memerli dengan ayat pedas, malah gadis tersebut turut menunjukkan sebilah gunting dalam video tersebut sebagai sign seolah-olah ingin mencucuk.
“Jangan sampai engkau, aku jumpa dengan benda ini ya. Aku cucuk-cucuk biji mata engkau sampai kat otak engkau tu!,” seloroh gadis itu sambil memegang sebilah gunting.
Video yang mendapat lebih 3,000 tontonan di laman Youtube itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata mereka dapat mengagak siapa gerangan yang diperli oleh gadis tersebut.
“Dia sindir si aliff aziz nie hahahahaha,” kata Robby Abd Kadir.
“KAHKAHKAH..terbaik kak Norhayati Tahir.. harapnya ramai la kot manusia2 yg suka jd org ketiga dlm perhubungan org lain yg tengok video ni, khususnya perempuan..,” ujar Fitri93
Haaa…pedas betul ayat hakak ni! Kelakar pun ada dengan telatah dia ni. Haih…Macam-macam.– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura