Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda Terkejut, Gigi Tertanam...

LONDON – Seorang pemuda berusia 19 tahun terkejut selepas mendapati penyebab tangannya membengkak...

QSR Brands Sasar Lebih...

KLUANG - QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands), pengendali rantaian restoran makanan...

Gangguan Air Di Kuala...

KUALA TERENGGANU – Gangguan bekalan air melibatkan 30 kawasan di daerah ini sejak...

Kapasiti Lapangan Terbang Langkawi...

LANGKAWI - Kapasiti prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan dipertingkatkan lagi bagi...

Izinkan Aku Menyintaimu Pasti Hilang Rating

KISAH gosip cinta antara hero dan heroin memang dijadikan resepi ginseng drama Korea bagi tujuan mengejar rating. Drama terbaik K Pop mesti mencapai rating 30 peratus tontonan untuk diiktiraf berjaya.

Selain kualiti drama, cara mendapatkan rating di Korea, ialah menggosipkan kisah cinta hero dan heroin di luar drama. Di Korea, gosip cinta lokasi berjaya menipu dan terus menipu penontonnya.

Drama 16 episod terbaharu Fight For My Way (FFMW) lakonan Kim Ji Won dan Park Seo Joon menggunakan resipi sama. Walaupun tema drama ini menarik, ditambah dengan janji Seo Joon untuk mengahwini Ji Won, FFMW tetap gagal mencapai rating sasaran.

Di Malaysia, formula ini turut ditiru. #Loffata cuba menjual kisah cinta Fatah Amin dan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Hasilnya boleh tahan. Hampir satu Malaya terkena dengan kisah cinta palsu ini. Semua cinta palsu ini direka demi mengejar rating.

Namun, apa resipi dalam drama Izinkan Aku Menyintaimu (IAM) lakonan Alif Aziz dan Afifah Nasir? Lain macam mainannya. Setengah gila juga kita nak faham: Apakah kegilaan di sebalik semua kontroversi yang berlaku?

Apakah dikira teori rating juga, apabila hero berstatus suami orang, keluar berkaraoke dengan heroin kekasih orang?

Apakah teori rating juga, apabila isteri hero datang menyerang pusat karaoke dan kena hentak dengan henfon?

Apakah teori sensasi, untuk gadis bergelar kekasih orang membiarkan tangan dipegang laki orang?

Perghhh! Apa jenis rating yang dicari?

Ini bukan teori rasanya.

Tragedi pusat karaoke pun bukan lakonan. Ia hanya kejadian yang akan menjadikan drama IAM sebagai siri paling menyampah untuk ditonton.


Krisis dan skandal du luar drama IAM membuatkan orang naik meluat kepada hero dan heroinnya.

Kenapa? Jawabnya mudah: Skandal di pusat karaoke dan rentetan perang mulut telah mendedahkan, sudut murah kedua-dua pelakon utamanya.

Kalau pun orang menonton, barangkali satu atau dua episod. Itu pun sekadar nak kenal wajah pelakon. Lagi pun hero dan heroin IAM pula kebetulan hanya artis suam-suam kuku dan tidak dikenali penonton.

Kebencian dan rasa meluat penonton terasa memuncak kerana kisah peribadi di luar drama IAM, mendedahkan kotoran hitam dan bau hamis selut yang menjejaskan drama itu sendiri.

Percayalah. Drama ini apabila disiarkan hanya akan dibualkan sebagai: Oooh… inilah budak berdua yang kini kecoh kat pusat karaoke tu…..

IAM akan jadi katalis: Skandal dan krisis yang menjijikkan hanya membuatkan penonton meluat untuk menonton.

Pasti penonton Malaysia bukan dari kelas yang mengejar rating bagi gosip jenis ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori