Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didenda RM1,000 Kerana...

KUALA LUMPUR - Padah melarikan diri dan menghalang anggota polis daripada menjalankan pemeriksaan,...

Tun M Tegas Enggan...

SENJATA MAKAN TUAN... Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya kini terjerat dalam perangkap diri...

Kit Ujian Covid-19 3...

KETIKA ramai masih mencari kit ujian pantas Covid-19 ada pihak dikesan cuba mengambil...

Wan Sharmila Tak Rasa...

KUALA LUMPUR - Sungguhpun sering diberi peranan sebagai pelakon pembantu atau tempelan, aktres...

Izreen Azminda Akui Rela Untuk Berkongsi Suami

UNGKAPAN ‘wanita mana yang rela dimadukan’ mungkin sudah tidak sesuai digunakan.

Hal ini kerana pelakon, Izreen Azminda membuktikan bahawa tiada yang mustahil dan mengakui sendiri rela untuk berkongsi suami.

Sudah sekian lama nampaknya Izreen dilihat hidup membujang namun dia tidak pernah sedikit menutup pintu hatinya untuk menerima cinta daripada seorang lelaki.

Pelakon ini berkata andai takdir menentukan nya untuk hidup bermadu, dia tidak kisah kerana bagi dia lelaki sememangnya boleh berkahwin dan mempunyai lebih daripada seorang isteri.

“Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan.

“Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula. Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain,” kata Izreen memetik sebuah portal tempatan.

Tambahnya lagi, sudah termaktub dalam Islam di mana lelaki sememangnya boleh mempunyai empat orang isteri.

Walau bagaimanapun, Izreen memberitahu bahawa dia belum terfikir lagi untuk mencari pasangan dalam masa terdekat ini berikutan terdapat beberapa perkara yang perlu didahulukan.


“Sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri. Tetapi buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi.

“Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan. Jika ada jodoh, InsyaAllah saya akan berkahwin,” katanya

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Muhammad Riza pada tanggal 31 Ogos 2012.

Namun, jodoh antara mereka tidak berpanjangan dan pasangan ini telah berpisah pada 14 Mei 2014. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama  Muhammad Adrian Umar.

Haaa…ada sesiapa yang terniat nak pasang madu? Bolehlah mencuba, manatahu jodoh kan.

Apa-apa pun, semoga baik-baik saja buat Izreen dan cepat bertemu dengan jodoh pilihan hati ya!– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori