Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati Dengan Perjuangan Sama...

KAJANG - Umat Islam perlu berhati-hati dengan prinsip kesamaan yang diperjuangkan pihak tertentu...

Dr. Irmohizam: Nampak Skema...

YB Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim kini empat tahun sudah menjadi Ahli Parlimen....

Kes Demam Campak Di...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di...

Raja Azmi Berdebar Nanti...

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 57, mengakui berasa berdebar menantikan detik diijabkabul...

Jambatan Sultan Yusof Tutup Awal Demi Keselamatan

TELUK INTAN – Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan-Manjung terpaksa ditutup sehari awal kepada pengguna bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan ‘pot bearing’ jambatan itu.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak Abdul Rani Harun berkata buat permulaan, JKR menutup laluan kepada kenderaan berat seperti lori bermula pagi tadi ekoran kerja-kerja pembaikan sudah pun dimulakan serta bimbang akan keselamatan pengguna jika kenderaan berat masih melalui jambatan itu.

“Kemudian, bermula 6 petang tadi, barulah kami ambil keputusan untuk menutup jambatan kepada semua kenderaan berbanding jadual asalnya adalah pada pukul 5 pagi esok, kami memohon maaf atas  kesulitan penutupan awal kedua-dua arah jambatan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengikut jadual asal, jambatan yang lebih dikenali sebagai Jambatan Batu 5 akan ditutup mulai pukul 5 pagi esok hingga 5 pagi keesokan harinya kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki kerosakan dan penyelengaraan.


Justeru, Abdul Rani meminta orang ramai menggunakan laluan alternatif yang mana pihaknya telah meletakkan papan tanda bagi memudahkan pengguna menggunakan laluan tersebut.

Dalam laman sosial dan aplikasi sosial, ramai pengguna mengeluh memaklumkan jambatan sudah ditutup lebih awal dan rentetan itu, Jalan Kampung Bahagia di sini, sesak ekoran hanya laluan itu sahaja laluan alternatif menghubungkan Bagan Datuk dan Sabak Bernam, Selangor untuk ke Manjung selepas jambatan ditutup. – BERNAMA

Kategori