Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Sah Tuduh Dulu...

ANEH... Selepas dikecam netizen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya buat pusingan U apabia...

Polis Tumpas Geng Langgar,...

PETALING JAYA - Polis menumpaskan geng langgar dan samun kenderaan melibatkan sembilan kenderaan,...

Kisah Mat Romeo Sebenar:...

Inilah yang dimaksudkan dengan 'mat romeo' paling hebat.Sonko Tijan, 28 tahun, ialah seorang...

4 Rumah, 2 Kereta...

SUNGAI PETANI - Sebanyak empat buah rumah, dua buah kereta dan 12 motosikal...

“Jangan Berlebihan Tanggapi Isu Bendera” – Jokowi

JAKARTA – Presiden Joko Widodo hari ini sekali lagi menggesa rakyat Indonesia agar tidak agresif dan berlebihan dalam memberi reaksi berhubung isu bendera negara itu yang dicetak terbalik di dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Media-media dalam talian hari ini memetik jurucakap Kepresidenan Johan Budi sebagai berkata, presiden itu juga menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia telahpun secara rasmi memohon maaf dan kerajaan Indonesia juga telah memaafkan perkara yang dianggap tidak disengajakan itu.

“Presiden sudah meminta pada masyarakat untuk tidak memberi reaksi berlebihan terhadap perkara ini. Yang penting adalah yang disampaikan presiden.

“Pemerintah Malaysia harus menyampaikan permintaan maaf secara rasmi, dan kelmarin kita sudah mendengar bahawa pemerintah Malaysia sudah menyampaikan permintaan maaf kepada pemerintah Indonesia,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah menyampaikan alasan mengenai kejadian itu dan mengakui ia akibat kelalaian tanpa ada unsur kesengajaan.

Dalam perkembangan terbaharu, ratusan orang hari ini menganjurkan demonstrasi di hadapan pejabat Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Riau dan di Medan dengan membawa sepanduk yang mengecam Malaysia dan membakar tayar serta bendera Malaysia.

Johan berkata Malaysia telah mengakui kesilapan dengan mencetak gambar bendera merah putih secara terbalik dan telah mengambil tindakan segera dengan menarik balik semua buku cenderamata itu serta menggantikannya dengan yang baharu.


Katanya, jika permintaan kerajaan Indonesia sudah dipenuhi bermakna sudah tidak ada lagi isu dan ia dianggap selesai.

“Yang disampaikan (oleh) Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi bahawa pemerintah Indonesia meminta buku itu ditarik dan digantikan dengan yang benar.

“Nah kalau itu sudah dilaksanakan (oleh Malaysia) saya kira tentu tidak perlu dipersoalkan lagi, tidak perlu diperpanjang lagi,” katanya.

Semalam Jokowi dan Naib Presiden Jusuf Kalla menyatakan bahawa Indonesia telah memaafkan Malaysia berhubung kesilapan penganjur Sukan SEA itu mencetak bendera Indonesia secara terbalik setelah menerima permohonan maaf secara rasmi daripada kerajaan Malaysia. – BERNAMA

Kategori