Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tunggu Laporan Bedah Siasat...

KUALA LUMPUR - "Tunggu laporan bedah siasat dahulu, bila ada keputusan muktamad, kita...

Netizen Tersentuh Lihat Foto...

SEORANG wanita yang merupakan ibu kepada dua anak kini semakin tular seluruh dunia...

SME Corp Sasar 10...

KUALA TERENGGANU - SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu menyasarkan 10 perusahaan kecil...

Polis Jangan Memihak Kepada...

BAGAN DATUK — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Polis Diraja Malaysia...

Jangan Terpedaya… Keluarga Ini Ada Cara Licik Pukau!

SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi nampaknya kes pukau, memukau dan dipukau ni!

Kalau tidak peka dengan keadaan sekeliling pasti akan menjadi mangsa golongan ini. Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di kawasan yang tersorok, malah turut berlaku di tempat awam.

Baru-baru ini tular menerusi laman sosial memaparkan kes pukau yang berlaku di salah sebuah pusat beli belah.

Seorang pemilik Facebook, Asmaa Norasmaa MJ telah berkongsi beberapa gambar satu keluarga yang aktif dalam kes ini.

Menerusi perkongsian tersebut, taktik yang digunakan oleh keluarga berkenaan adalah melalui cara meraih simpati dengan bercerita tentang kekurangan wang yang konon dihadapi oleh mereka.

Tempat ‘panas’ yang menjadi tumpuan keluarga ini adalah pusat beli belah yang besar antaranya, Paradigm Mall dan One Utama di Selangor.

Perkongsian yang mendapat lebih 1,000 likes dan 9,000 shares itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata antara mereka mengakui pernah menjadi mangsa manusia durjana tersebut.


Hmmm… Oleh itu, orang ramai seboleh-bolehnya diminta agar lebih berwaspada dan bersikap peka terutama bagi kes-kes seperti ini.

Nasihat-menasihati itu kan amalan mulia, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC/Agensi/Amy Maizura

Kategori