Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agrobazar Malaysia Di Singapura...

SINGAPURA - Agrobazar Malaysia di Singapura, platform kekal pertama bagi mempromosi buah-buahan dan...

Terkilan Dituduh Menang Trofi...

BAWA pulang trofi bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP...

Belanda Bina Ladang Terapung...

INOVASI... Ladang tenusu luar pesisir pertama di dunia bakal dibuka di Rotterdam, Belanda...

Siapa Benarkan Aidil, Iyad...

KUALA LUMPUR - Pihak penganjur Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 dipersoal...

Jangan Terpedaya Pihak Yang Mengaku Polis Putrajaya

PUTRAJAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku sebagai polis Putrajaya dalam menyelesaikan kes-kes kesalahan trafik dan langgar lari.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya dan meminta wang daripada mangsa.

Katanya, panggilan yang didakwa datangnya daripada IPD Putrajaya kononnya meminta orang ramai menyelesaikan saman atau kes mereka dengan memastikan wang dalam akaun tertentu untuk penyelesaian kes.

“Ingin saya jelaskan pihak polis sendiri telah membuat laporan beberapa minggu lepas berkaitan penerimaan panggilan ini. Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu atau mencari keuntungan melalui panggilan palsu.


“Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai yang terpedaya agar membuat laporan polis dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori